Latihan Objektif 1 : Simpulan Bahasa
Sesuai untuk Tahun 4Plilih jawapan yang paling sesuai.
1 ______ Kebanyakan penduduk kampung itu ialah nelayan dan petani.
A Titik peluh
B Mata duitan
C Mata keranjang
D Mata pencarian
2 Encik Lim _____ apabila dia telah menjadi kaya.
A buah fikiran
B lupa daratan
C ayam tambatan
D orang bawahan
3 Kami yakin kemenangan pasti berada ____ pasukan kami.
A durian runtuh
B kacang hantu
C dalam tangan
D tangan terbuka
4 Nina dikatakna _____ kerana mengambil balik hadiah yang diberikan kepada kawannya.
A iri hati
B buruk siku
C bidan terjun
D omong kosong
5 Peperangan itu tamat setelah pihak lawan mengibarkan _____
A buku lima
B duit kopi
C bendera putih
D putih mata
6 Sikap _____ yang ada pada Beng Hao tidak harus dicontohi.
A berat tulang
B cari jalan
C alas perut
D senang hati
7 Budak miskin itu terpaksa ____ pada waktu rehat kerana tidak membawa bekal.
A isi hati
B ikat perut
C cepat tangan
D panjang tangan
8 Lee _____ apabila memperoleh sebuah televisyen dalam cabutan bertuah itu.
A hati tikus
B langkah kiri
C langkah seribu
D langkah kanan
9 Nora yang ____ itu memahami pelajaran yang disampaikan oleh cikgu dengan cepat.
A tajam akal
B otak udang
C tanda mata
D rambang mata
10 Emak menyediakan ____ untuk kami selepas makan malam.
A mulut murai
B banyak mulut
C mulut tempayan
D pembasuh mulut
11 Mangsa kemalangan itu _____ kerana tersepit di dalam kereta.
A ajak-ajak ayam
B gila-gila bahasa
C bau-bau kacang
D nyawa-nyawa ikan
12 Perompak itu ______ apabila melihat pihak polis tiba di tempat kejadian.
A kaki botol
B kaki bangku
C kaki ayam
D angkat kaki
13 Cikgu Tan ______ apabila mendapati beberapa orang murid tidak menyiapkan kerja sekolah.
A diam ubi
B naik darah
C lipas kudung
D kera sumbang
![]() |
| naik darah |
14 Jia Qi yang ____ itu tidak suka mendengar nasihat ibu bapanya.
A khabar angin
B kepala batu
C geli hati
D buah hati
15 Hakim pertandingan nyanyian itu tidak _____ semasa mengadili pertandingan itu.
A batu api
B cakar ayam
C bekas tangan
D berat sebelah
16 Susan _____ di sebuah syarikat antarabangsa.
A berat mulut
B makan gaji
C tangkai jering
D mandi kerbau
17 Gempa bumi yang melanda negara Jepun menjadi _____ penduduk sejagat sejak kebelakangan ini.
A buah mulut
B bahasa pasar
C darah daging
D cangkul angin
18 Lilian dan Li Lin _____ selepas berada di rumah saya selama lima jam.
A titik peluh
B telinga kuali
C makan suap
D minta diri
19 Ibu bapa Ming _____ apabila mengetahui keputusan peperiksaan Ming semakin merosot.
A hidung tinggi
B iri hati
C hancur hati
D besar hati
20 Ani ____ abangnya untuk menjadi seorang peguam.
A ikut jejak
B bulat hati
C anak angkat
D anak tunggal
Jawapan
1D
2B
3C
4B
5C
6A
7B
8B
9A
10D
11D
12D
13B
14B
15D
16B
17D
18D
19C
20A
