Latihan Objektif 1 : Simpulan Bahasa
Sesuai untuk Tahun 4Plilih jawapan yang paling sesuai.
1 ______ Kebanyakan penduduk kampung itu ialah nelayan dan petani.
A Titik peluh
B Mata duitan
C Mata keranjang
D Mata pencarian
2 Encik Lim _____ apabila dia telah menjadi kaya.
A buah fikiran
B lupa daratan
C ayam tambatan
D orang bawahan
3 Kami yakin kemenangan pasti berada ____ pasukan kami.
A durian runtuh
B kacang hantu
C dalam tangan
D tangan terbuka
4 Nina dikatakna _____ kerana mengambil balik hadiah yang diberikan kepada kawannya.
A iri hati
B buruk siku
C bidan terjun
D omong kosong
5 Peperangan itu tamat setelah pihak lawan mengibarkan _____
A buku lima
B duit kopi
C bendera putih
D putih mata
6 Sikap _____ yang ada pada Beng Hao tidak harus dicontohi.
A berat tulang
B cari jalan
C alas perut
D senang hati
7 Budak miskin itu terpaksa ____ pada waktu rehat kerana tidak membawa bekal.
A isi hati
B ikat perut
C cepat tangan
D panjang tangan
8 Lee _____ apabila memperoleh sebuah televisyen dalam cabutan bertuah itu.
A hati tikus
B langkah kiri
C langkah seribu
D langkah kanan
9 Nora yang ____ itu memahami pelajaran yang disampaikan oleh cikgu dengan cepat.
A tajam akal
B otak udang
C tanda mata
D rambang mata
10 Emak menyediakan ____ untuk kami selepas makan malam.
A mulut murai
B banyak mulut
C mulut tempayan
D pembasuh mulut
11 Mangsa kemalangan itu _____ kerana tersepit di dalam kereta.
A ajak-ajak ayam
B gila-gila bahasa
C bau-bau kacang
D nyawa-nyawa ikan
12 Perompak itu ______ apabila melihat pihak polis tiba di tempat kejadian.
A kaki botol
B kaki bangku
C kaki ayam
D angkat kaki
13 Cikgu Tan ______ apabila mendapati beberapa orang murid tidak menyiapkan kerja sekolah.
A diam ubi
B naik darah
C lipas kudung
D kera sumbang
naik darah |
14 Jia Qi yang ____ itu tidak suka mendengar nasihat ibu bapanya.
A khabar angin
B kepala batu
C geli hati
D buah hati
15 Hakim pertandingan nyanyian itu tidak _____ semasa mengadili pertandingan itu.
A batu api
B cakar ayam
C bekas tangan
D berat sebelah
16 Susan _____ di sebuah syarikat antarabangsa.
A berat mulut
B makan gaji
C tangkai jering
D mandi kerbau
17 Gempa bumi yang melanda negara Jepun menjadi _____ penduduk sejagat sejak kebelakangan ini.
A buah mulut
B bahasa pasar
C darah daging
D cangkul angin
18 Lilian dan Li Lin _____ selepas berada di rumah saya selama lima jam.
A titik peluh
B telinga kuali
C makan suap
D minta diri
19 Ibu bapa Ming _____ apabila mengetahui keputusan peperiksaan Ming semakin merosot.
A hidung tinggi
B iri hati
C hancur hati
D besar hati
20 Ani ____ abangnya untuk menjadi seorang peguam.
A ikut jejak
B bulat hati
C anak angkat
D anak tunggal
Jawapan
1D
2B
3C
4B
5C
6A
7B
8B
9A
10D
11D
12D
13B
14B
15D
16B
17D
18D
19C
20A
Terima kasih kerana sediakan soalan ni. Halalkan ye saya guna untuk anak saya tahun 4.
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ilmu ini..semoga dipermudahkan urusan cikgu
BalasPadamSoalan no 8 jawap langkah kanan(resut keluar langkah kiri)dan soalan no 17 jawab buah mulut resut jawapan keluar cangkul angin?blh sapa2 perjelasan yg mana betul?
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian daripada anda yang budiman. Mohon izin untuk saya gunakan latihan ini. Semoga anda dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah.
BalasPadamMohon guna soalan ini untuk anak murid saya. Terima kasih.
BalasPadamTerima kasih...saya gunakan sebagai bahan ulangkaji
BalasPadam