Latihan 15 : Soalan Objektfi Perumpamaan


Latihan berformat KBSR
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Zamani ___________________kerana dia masih bersedih atas kehilangan itu.
A  bagai panas mengandung hujan
B  bagai pelita kehabisan minyak
C  bagai pahat dengan penukul
D  bagai murai tercabut ekor

2  Budak nakal itu _____________, tidak disukai rakan sekelasnya kerana dia selalu mencuri.
A  bagai ayam disambar helang
B  bagai sirih pulang ke gagang
C  bagai  pucuk pisang didiang
D  bagai anjing buruk kepala

3  “Lebih baik kamu diam dan jangan manyanyi lagi kerana suara kamu ________________, “ kata Puan Lili kepada anaknya.
A  bagai pahat dengan penukul
B  bagai telur di hujung tanduk
C  bagai tikus membaiki labu
D  bagai perian pecah

4  Budak-budak itu lari bertempiaran ______________ apabila ternampak harimau semasa mencari burung di hutan.
A  laksana burung diam dalam sangkar
B  laksana kunyit dengan kapur
C  laksana katak diharung ular
D  laksana batik lasam

5  Kami amat menghormati Puan Liya yang tenang ___________________dalam  menghadapi ujian hidup.
A  seperti anak ayam kehilangan ibu
B  seperti anai-anai makan layu
C  seperti  hujan jatuh ke pasir
D  seperti air di dalam kolam

6  Anak - anak angkat Datuk Ong sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka dapat mewarisi harta yang bukan milik mereka.  Sikap mereka ______________tidak patut dicontohi.
A  seperti anjing dengan kucing
B  seperti anjing berebut tulang
C  seperti cicak makan kapur
D  seperti air di dalam kolam

7  Apa sahaja perniagaan yang diusahakan olehnya, semuanya ____________
A  bagai nakhoda kasap, hujung hilang pangkal lesap
B  bagai si kudung mendapat cincin
C  bagai pelita kehabisan minyak
D  bagai perian pecah

8  Pekerja itu ______________________apabila membocorkan rahsia syarikat kepada orang luar.
A  seperti aur ditarik songsang
B  seperti ayam berak kapur
C  seperti api dalam sekam
D  seperti bertih goreng

9  Penjenayah itu ____________________apabila memukul lawannya bertubi-tubi tanpa belas kasihan.
A  bagai dihiris dengan sembilu
B  bagai harimau kelaparan
C  bagai itik pulang petang
D  bagai isi dengan kuku

10  Kedudukan Presiden Libya itu __________________ kerana seluruh rakyatnya memberontak mendesak beliau meletak jawatan.
A  bagai kambing dihalau ke air
B  bagai telur di hujung tanduk
C  bagai tikus membaiki labu
D  bagai haruan makan anak

11 Walaupun sudah lama menetap di luar negara,  namun Wong Hang pulang ke kampung jua ________________________.
A  seperti burung gagak pulang ke benua
B  seperti kaca terhempas ke batu
C  seperti cicak makan kapur
D   seperti ikan makan belat

12  Persahatan Amin dan Selva _______________________, mereka sentiasa bersama-sama sehingga melanjutkan pelajaran di universiti.
A  bagai beliung dengan asahan
B  bagai badak berendam
C  bagai aur di atas bukit
D  bagai air itik ke batu

13  Ketua yang baru dilantik itu _________________________, beliau akan menaikkan pangkat pekerja yang selalu memujinya.
A  bagai bajak wangkang makan diangkat
B  bagai abu di atas tunggul
C  bagai aur di atas bukit
D  bagai air titik ke batu

14  Wajah pesakit barah itu sentiasa pucat dan tidak bermaya ____________________
A  bagai ayam berak kapur
B  bagai ayam mabuk mati
C  bagai aur di atas bukit
D  bagai isi dengan kuku

15  Doni ________________________________apabila rakan sekelasnya berbual-bual tentang duit mereka yang hilang.
A  seperti gunting makan di hujung
B  seperti kera mendapat bunga
C  seperti cacing kepanasan
D  seperti udang direbus

16  Sakinah menjerit ____________________apabila ternampak kelibat putih di sebalik pokok itu.
A  bagai ayam mengeram telur
B  bagai bunyi cempedak jatuh
C  bagai kambing dijunjung
D  bagai air titik ke batu

17  Ketua kampung itu berhati-hati menuturkan kata dalam mesyuarat itu ______________ supaya semua pihak berpuas hati.
A  bagai menarik rambut dalam tepung
B  bagai mencurah air ke daun keladi
C  bagai mendukung biawak hidup
D  bagai kucing kehilangan anak

18  Kasih ibu tiri Sofia __________________kerana dia ditinggalkan selepas bapanya meninggal dunia.
A  seperti embun di hujung rumput
B  seperti cincin dengan permata
C  seperti ikan di dalam belat
D  seperti duduk dalam duri

19  Ah Seng ____________________apabila emminta komisen daripada orang yang dibantunya, sedangkan dia menerima gaji tetap.
A  seperti gunting makan di hujung
B  seperti kaca terhempas ke batu
C  seperti cacing kepanasan
D  seperti gergaji dua mata

20  Cindy ialah contoh pekerja yang rajin.  Dia __________________dan telah dinaikkan pangkat kerana kerajinannya itu.
A  seperti gunting makan di hujung
B  seperti cincin dengan permata
C  seperti ikan di dalam belat
D  seperti gergaji dua mata

21  Tidak ada gunanya menasiahti budak yang degil itu.  Usaha kita __________________sahaja sedangkan nasihat yang diberi tidak dipedulikan.
A  seperti embun di hujung rumput
B  seperti hujan jatuh ke pasir
C  seperti api dalam sekam
D  seperti ikan kena tuba

22 Pak Amat berasa sungguh letih selepas seharian membanting tulang di sawah.  Dia _________________apatah lagi sering demam-demam.
A  seperti ikan di dalam belat
B  seperti duduk dalam duri
C  seperti gergaji dua mata
D  seperti ikan kena tuba

23  Joo Kee _________________________ apabila dihadiahi sebuah motosikal sedangkan dia tidak pandai menunggang basikal.
A  seperti gunting makan di hujung
B  seperti kera mendapat bunga
C  seperti hujan jatuh ke pasir
D  seperti ikan kena tuba

24  Penduduk kampung merungut kerana peniaga itu menaikkan harga barang sesuka hati.  Sikap peniaga ________________ itu menyusahkan penduduk kampung.
A  seperti lintah menghisap darah
B  seperti cincin dengan permat
C  seperti cicak makan kapur
D  seperti ikan kena tuba

25  Sikap Mena yang menghalau Kak Siti yang membantunya sewaktu susah itu__________________
A  seperti api dalam sekam
B  bagai susu di balas tuba
C  seperti abu di atas tunggul
D  seperti  anak ayam kehilangan ibu

26  Tugas yang dilakukan oleh Amin itu ________________,  tiada apa-apa pun yang dia dapat, melainkan letih sahaja.
A  laksana katak, hujan sedikit banyak bermain
B  laksana mencari sungai yang tiada berhulu
C  laksana wau melawan angin
D  laksana lembu kasi

27  Pekerja pembinaan itu bertungkus lumus menyiapkan bangunan pencakar langit itu ________________
A  seperti anai-anai makan lagu
B  seperti anjing berebut tulang
C  seperti Belanda minta tanah
D  seperti  bertih goreng

28 Mukanya merah padam ____________________ apabila mendengar kata-kata adik yang sungguh menyakitkan hati itu.
A  seperti bunga raya kembang pagi
B  seperti kaca terhempas ke batu
C  seperti cincin dengan permata
D  seperti cicak makan dapur

29  Emak bukan sengaja memukul  atau memarahi kamu, tapi sekadar mendidik _____________
A  seperti ayam mematuk anaknya
B  seperti bulan dengan matahari
C  seperti bulan dipagari bintang
D  seperti bertih goreng

30  Shakira berasa dirinya tidak berharga lagi,  ________________________apabila sering sahaja dipulaukan oleh orang kampungnya.
A  seperti mentimun dengan durian
B  seperti pungguk rindukan bulan
C  seperti melukut di tepi gantang
D  seperti orang mabuk gadung

31  Saya terpaksa berhenti sekolah kerana ayah saya tidak mampu membayar yuran sekolah kerana hidup kami __________________
A  seperti ayam kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang
B  seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia
C  seperti harimau menyembunyikan kukunya
D  seperti cincin dengan permata

32  Encik  John  suka bekerja dengan Jenny yang sering akur akan perintahnya ___________________
A  seperti  mentimun dengan durian
B  seperti  melukut di tepi gantang
C  seperti langau di ekor gajah
D  seperti  lipas kudung

33  Damia diminta memutuskan hubungan dengan kekasihnya yang kaya-raya kerana mereka ___________________.
A  seperti lintah menghisap darah
B  seperti rusa masuk kampung
C  seperti orang mabuk gadung
D  seperti langit dengan bumi

34  Sejak memenangi pertandingan nyanyian itu,  Wani ___________________, dikenali ramai dan sentiasa sibuk.
A  seperti pungguk rindukan bulan
B  seperti kerbau dicucuk hidung
C  seperti tikus jatuh di beras
D  seperti sampah hanyut

35  Raju ________________apabila dia bertemu semula dengan ibu bapa kandungnya yang kaya-raya itu.
A  seperti menatang minyak yang penuh
B  seperti  si buta mendapat tongkat
C  seperti lintah menghisap darah
D  seperti langit dengan bumi

36  Kita cuma boleh bersabar apabila berhadapan dengan orang kaya yang sombong itu.  Kita lemah __________________, tidak berdaya menentangnya.
A  seperti mentimun dengan durian
B  seperti kerbau dicucuk hidung
C  seperti kera mendapat bunga
D  seperti ikan kena tuba

37  Puspa ___________________ semas pertama kali menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.
A  seperti rusa masuk ke kampung
B  seperti hujan jatuh ke pasir
C  seperti  gergaji dua mata
D  seperti ular kena palu

38  Zali berasa pening selepas melalui jalan yang bengkang-bengkok _______________itu.
A  seperti  rumput di tepi jalan
B  seperti sampah hanyut
C  seperti  pacat kenyang
D  seperti  ular kena palu

39  Rakyat di negara  yang bergolak itu _____________________apabila pemimpin utama mereka digulingkan dalam satu rampasan kuasa.
A  seperti harimau
B  seperti anak ayam  kehilangan ibu
C  seperti anai-anai makan kayu
D  seperti kera mendapat bunga

40  Hati Paula pilu _____________________apabila anak tunggalnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke luar negara.
A  seperti kaca terhempas ke batu
B  seperti cincin dengan permata
C  seperti bunyi gong pecah
D  seperti gergaji dua mata


Jawapan
1A
2D
3D
4C
5D
6B
7A
8C
9B
10B
11A
12A
13A
14A
15C
16C
17A
18A
19D
20A
21A
22D
23B
24A
25B
26C
27A
28A
29A
30C
31A
32C
33D
34C
35B
36A
37A
38D
39B
40A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan