Latihan 8 : Simpulan Bahasa

Latihan berformat KBSR ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam menjawab soalan-soalan peribahasa.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya _______
A  rambang mata C  tajam akal
B  otak udang D  tanda mata

2  Bacaan ayat-ayat suci al-Quran menajdi _____ Hani di tengah malam yang sunyi.
A  halwa telinga C  hati terbuka
B  telinga kuali D  lapik perut

3  Emak membuat agar-agar sebagai ______ untuk kami selepas makan.
A  mulut tempayan C  banyak mulut
B  pembasuh D  mulut murai

4  Kasim tidak _______ meninggalkan emak dan ayahnya di kampung  untuk berjijrah ke bandar.
A  sampai hati C  sagu hati
B  makan hati D  sakit hati

5  Azizah _______ membantu ibunya menyiapkan pakaian yang ditempah pelanggan.
A  bersengkang mata C  tebal telinga
B  sekangkang kera D  berat mata

6  Budak kecil ini ______ menjadi pemimpin negara yang disegani suatu hari nanti.
A  buah fikiran C  gerak hati
b  ada bakat D  ada angin

7  Mageswari ______ apabila melihat tangan anaknya yang luka parah itu.
A  mabuk selasih C  ikat perut
B  mabuk darah D  geli hati

8  Pembunuhan kejam itu telah menjadi _______ semua rakyat di Malaysia.
A  bauh fikiran C  curi tulang
B  buah mulut D  curi hati

9  “Kamu mestilah kawal pemakanan kamu, sikap _______ kamu itu akan mengundang penyakit,”  tegur ibu.
A  telinga tempayan C  telinga kuali
B  buruk selera D  buruk siku

10  Setelah kematian kedua-dua ibu bapanya Rahul _____ ke luar negara.
A  mandi mawar C  mandi peluh
B  bawah angin D  bawa diri

11 Swee Ling tidak tahan melihat ibu dan ayahnya yang selalu ______ setiap kali bertemu.
A  berpeluk tubuh C  kepala batu
B  bertikam lidah D  habis jodoh

12  Remaja yang diculik itu ditemui sedang bersembunyi ketakutan di ______ kampung itu.
A  jalan belakang C  gigi hutan
B  hilang akal D  jejak bara

13  Kaki Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber _______ semasa bermain di padang.
A  mulu tempayan C  gigi hutan
B  kaki ayam D  jejak bara

14  Mak Esah tidak disukai oelh orang kampung kerana sikapnya yang suka ______ tentang keburukan orang lain.
A  tangan kanan C  buta huruf
B  bawa mulut D  alas perut

15  Emak membebel sebab emak ______ tentang hidup kamu.  Emak sayang kamu, Eja.
A  ambil berat C  cari salah
B  cari makan D  ambil hati

16  Mak Minah ______ untuk mencari duit demi perbelanjaan sekolah anaknya.
A  diam ubi C  habis akal
B  hilang akal D  makan duit

17  Encik Chan berjaya menangkap pekerjanya yang ______ syarikat dan tindakan tatatertib telah dilakukan.
A  mabuk selasih C  makan angin
B  mabuk darah D  makan duit

18  Encik Linggam ______ apabila mendapati cermin keretanya pecah.
A  naik darah C  kera sumbang
B  diam ubi D  lipas kudung

19  Saya kasihan melihat emak yang ______dengan perbuatan ayah yang berkahwin lain itu.
A  rambang mata C  tebal telinga
B  panjang akal D  makan hati

20  Mak Munah _______ apabila anak-anaknya sudah lama tidak pulang menjenguknya.
A  jatuh hati C  jalan buntu
B  jauh hati D  berat sebelah

21  Jikalau mahu berjaya, berusahalah bersungguh-sungguh, jangan jadi seperti ______ yang penuh dengan angan-angan.
A  Abu Nawas C  Abu Jahal
B  raja sehari D  Mat Jenin

22  Masalah pecah rumah yang semakin menjadi-jadi di kampung itu menjadi _______ penduduk kanpung itu.
A  buah mulut C  bahasa pasar
B  darah daging D  cangkul angin

23  Setiap hujung  minggu, panggung wayang mula dipenuhi dengan ______ yang tidak mahu ketinggalan menonton cerita terbaharu.
A  kaki wayang C  kaki ayam
B  kaki bangku D  kaki botol

24  Saya tidak mahu menegur Shima yang ______ itu kerana dia akan melenting sesuka hatinya.
A  berat sebelah C  ambil angin
B  kepala angin D  tin kosong

25  Ayah selalu bangun awal pagi dan keluar bekerja sebelum ______
A  fajar menyinsing C  durian runtuh
B  embun jantan D  hilang akal

26  Dia lulus dalam ujian memandu kerana menggunakan _______
A  jalan belakang C  jalan damai
B  jalan tengah D  jalan buntu

27  Dani ______  setelah perniagaan yang diusahakan selama 10 tahun itu musnah akibat sikapnya yang asyik berjudi.
A  mabuk darah C  mati kutu
B  jatuh melarat D  jatuh hati

28  Saya kasiha melihat Azman yang ______ oleh ayahnya kerana gagal dalam peperiksaan.
A  kena tangan C  mata duitan
B  kusut fikiran D  kutu embun

29  “Bila kamu hendak mencari kerja, Amir? Hendak tunggu sampai _____ baru ehndak berubah?” soal Mak Pah.
A  kucing bertanduk C  telinga kuali
B  kambinh hitam D  lintah darat

30  Jangan ______ sangat, kamu harus lebih tegas dalam membuat keputusan.
A  campur tangan C  betul bendul
B  bongkok sabut D  buah fikiran

31  Mia tidak menyenangi sikap Wati yang suka _____ dan sering menceritakan kemewahannya itu.
A  angkat senjata C  bekas tangan
B  batu loncatan D  angkat diri

32  Mila ______ sehingga tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana tidak tidur semalaman.
A  hilang nyawa C  hilang akal
B  berat mata D  berat hati

33  Hakimi ______ dengan mengahwini adik iparnya setelah isterinya meninggal dunia akibat barah otak.
A  gelap mata C  ganti tikar
B  harga mati D  hati batu

34  Sarimah ______ menyiapkan latihan yang diberikan oleh gurunya.
A  mandi peluh C  memerah keringat
B  mencuci mata D  memeras otak

35  Vince telah dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan ______
A  titik peluh C  makan suap
B  telinga kuali D  minta diri

36  _____ ibu Shah apabila mendapat tahu dia terlibat dengan najis dadah itu.
A  Hidung tinggi C  Hancur hati
B  Iri hati D  Besar hati

37  Mariam _____ sejak kematian seluruh ahli keluarganya dalam kemalangan itu.
A   titik peluh C  makan diri
B  mandi kerbau D  hilang akal

38  Eza ______ ayahnya menjadi seorang pensyarah.
A  anak tunggal C  bulat hati
B  anak angkat D  ikut jejak

39  Walaupun Jong Ai Berharta, tetapi dia _____ dan tidak mahu menghulurkan bantuan kewangan kepaa adik-beradiknya yang susah.
A  sampah masyarakat C  tangkai jering
B  senyum kambing D  tali barut

40  Izat ______ untuk membantu ibunya mengemas rumah.
A  berat tulang C  alas perut
B  cari jalan D  senang hati

41  Basri kecewa kerana tidak dapat mendekati anak Mak Cik Ramlah yang ______ itu.
A  jinak-jinak merpati C  ajak-ajak ayam
B  tidur-tidur ayam D  hidung belang

42  Ayah _____ bekerja di sawah demi mencari sesuap nasi.
A  membuka jalan C  mati katak
B  memeras keringat D  memeras ugut

43  Sikap Syafiah yang sering berlembut dengan adik-adiknya me______nya apabila dia dihalau dari rumah.
A  makan garam C  makan duit
B  makan gaji D  makan diri

44  Sikap Lia yang suka _____ itu menyebabkan Cindy dan Liza bergaduh.
A  mencuit hati C  mengambil berat
B  mencuci mata D  mengadu domba

45 Latifiah tidak tahan dengan sikap suaminya yang _____ dan suka berfoya-foya.
A  hidung belang C  kaki bangku
B  gulung tikar D  harga diri

46  Pemuda-pemuda itu ber_____ semasa menyiapkan kerja-kerja menanam di ladang kelapa sawit.
A  langkah kanan C  mandi peluh
B  pekak badak D  ketam batu

47  Amira menyediakan bebrapa keping roti untuk anaknya sebagai ______ sebelum ke sekolah.
A  kaki bangku C  hisap darah
B  kutu embun D  lapik perut

48  Dia segera ______ apabila rancangan merompak bank itu diketahui oleh pihk polis.
A  besar kepala C  buah pena
B  cuci tangan D  curi tulang

49  Gajah itu ______ apabila mendapati anak kesayangannya hilang.
A  naik minyak C  untung batu
B  patah arang D  ubat hati

50  Tina tidak suka bercerita apa-apa kepada Julia yang terkenal sebagai _______ itu.
A  mulut tempayan C  kaki ayam
B  kutu embun D  pekak badak

51  Harga barang-barang yang dijual di pasar raya itu ______ dan tidak boleh dirunding lagi.
A  hisap darah C  paku belanda
B  makan duit D  tangkai jering

Jawapan
1C
2A
3B
4A
5A
6B
7B
8B
9B
10D
11B
12C
13B
14B
15A
16C
17D
18A
19D
20B
21D
22A
23A
24B
25A
26A
27B
28A
29A
30C
31D
32B
33C
34D
35C
36D
37D
38D
39C
40A
41A
42B
43D
44D
45A
46C
47D
48B
49A
50A
51C

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam