Latihan 1 : Soalan-soalan Objektif Peribahasa


Latihan Peribahasa No. 1

Latihan Berformat KBSR
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Encik Mail menerima kedatangan kami dengan _____ walaupun belum pernah bertemu.
A tangan terbuka C cuci tangan
B gelap fikiran D tangkai hati

2 Najihah rela _____ untuk membeli kereta idamannya itu.
A gerak badan C hancur hati
B banyak akal D ikat perut

3 Jangan _______ menuduh orang lain kalau tidak ada bukti yang kukuh.
A diam-diam ubi C angkat muka
B serkap jarang D curi tulang

4 Semua pekerja diminta memberi ______ masing-masing dalam perbincangan meja bulat itu.
A buah fikiran C buah pena
B bauh mulut D buah hati

5 Apabila sudah berjaya, Kok Meng menjadi _____ dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.
A bongkok udang C besar kepala
B darah daging D kaki bangku

6 Park Jung merupakan _______ sekolah kami kerana dia sering mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan pidato dan badminton.
A anak kandung C anak emas
B anak angkat D anak buah

7 Setiap hari Ahad, Cikgu Selvi akan mengajar anak-anak penduduk kampung itu yang tidak tahu mengira dan ______
A mata duitan C kaki ayam
B busuk hati D buta huruf

8 Saya berasa _______ melihat telatah pelawak-pelawak di kaca televisyen itu.
A busuk hati C geli hati
B buah hati D iri hati

9 Pihak penguat kuaasa menahan warga asing yang berniaga di _______ bangunan itu.
A kaki bangku C kaki botol
B kaki ayam D kaki lima

10 Ramli sering menggunakan _______nya untuk menipu guru apabila tidak siap kerja sekolah.
A lidah bercabang   C buta huruf
B tangkai jering D akal belut

11  Samat suka _____ tentang kejayaan anak-anaknya.
A kerang busuk C cuci tangan
B cakap besar D busuk hati

12 Sikap Wok Lan yang menyendiri seperti ______ itu menyebabkan rakan-rakannya memulaukannya.
A kambing hitam C lipas kudung
B kera sumbang D patah hati

13 Maria sangat gembira menyambut kelahiran ______ sulungnya.
A cahaya mata C bidan terjun
B kaki wayang D anak kapal

14 Mona ______ semasa emak dan ayahnya bernual-bual di ruang tamu.
A pasang telinga C terang hati
B pekak badak D ikat perut

15 Kilang itu dibina dengan wang hasil _____ Amir yang dikumpul olehnya semasa bekerja di luar negara.
A batu loncatan C tin kosong
B asam garam          D titik peluh

16 Ayah hanya sempat makan sekeping roti sebagai ______ sebelum pergim ke pejabat.
A ambil angin         C ganti tikar
B alas perut D cuci mata

17 Para tetamu mengucapkan tahniah kepada pasangan ______ yang sedang bersanding di atas pelamin.
A gulung tikar C buta huruf
B raja sehari D cari fasal

18 Puan Nancy sentiasa memastikan agar anak dan suaminya tidak keluar rumah dengan ______.
A perut kosong C beri muka
B buah tangan D gerak hati

19 Setelah beroperasi selama 20 tahun, syarikat itu terpaksa ______ kerana tindakan pekerja yang tidak bertanggungjawab.
A gulung tikar      C curi tulang
B angkat kaki      D cuci perut

20 Normi meminta ______ yang baru bekerja di rumahnya itu mengemas rumah setiap hari.
A kerang musuk C orang gaji
B orang dalam D anak air

21 Hartawan itu _____ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki pencuri.
A sampai hati         C pilih kasih
B putih mata D salah urat

22 Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang ______ itu.
A lidah bercabang    C curi tulang
B pisau cukur          D mati kutu

23 Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan ______ itu sebagai tempat pembuangan sampah.
A pisau cukur            C otak udang
B lintah darat            D perigi buta

24 Fatimah hanya ______ apabila dipuji oleh suami dan anak-anaknya.
A putih mata C telinga nipis
B senyum simpul D telinga kuali

25 Emak selalu menegur sikap abang yang ______ itu.
A langkah kanan C berat tulang
B rabun ayam D berat hati

26 Kakak saya ______ dengan Syarikat Jati sejak 10 tahun yang lalu.
A berat sebelah C orang dalam
B ringan tulang D makan gaji

27 Sikap Markiah yang suka ______ urusan orang lain tidak disenangi oleh jiran-jirannya.
A campur tangan C ganti tikar
B ambil angin D batu api

28 Rajan ______ setelah mengecap kemewahan hidup sehingga tidak mempedulikan keluarganya lagi.
A makan angin C berat tulang
B lupa daratan D buruk siku

29 Anita sangat ______ sehingga sanggup menganiaya ahli keluarga sendiri.
A hisap darah C busuk hati
B cakar ayam D suka hati

30 Penduduk kampung itu menerima kunjungan Perdana Menteri pada hujung minggu yang lalu.
A besar kepala C geli hati
B besar hati D isi hati

31  Pekerja syarikat itu menerima ______ setelah dibayar bonus selama enam bulan oelh majikan mereka.
A  durian runtuh C  mata duitan
B  mahkota hati D  buah fikiran

32  Charles memang pandai bercakap, tetapi ibarat _____ sahaja kerana dia tidak tahu membuat apa-apa kerja pun.
A  perut kosong C  gelap mata
B  tulang hitam D  tin kosong

33 Remaja itu gelisah bagai _____ apabila rahsianya yang merokok telah diketahui oleh keluarga.
A  cacing kepanasan C  gila bayang
B  kaki bangku D  otak udang

34  Walaupun hidup sederhana, Nadia _______ dan sering membantu orang miskin dan fakir.
A  mulut tempayan C  murah hati
B  baik sangka D  pilih kasih

35  Mangsa-mangsa kebakaran itu hanya tinggal ____ kerana harta benda mereka semua musnah dalam kebakaran itu.
A  sehelai sepinggang C  kacang hantu
B  saudara kandung D  kata putus

36  Setiap bulan Muirah akan ______ untuk mencantikkan dan mewangikan tubuh badannya.
A  mandi bunga C  pasang tangan
B  mandi peluh D  cuci tangan

37  Amiah dan ibunya berkebun sayur di atas tanah yang _____ di belakang rumah mereka.
A  sekangkang kera C  setengah tiang
B  kucing bertanduk D   jalan tengah

38  Encik Jaya sudah mengenal pasti pekerjanya yang selalu makan _____ semasa di pejabat.
A  banyak akal C  gaji pokok
B  lintah darat D  gaji buta

39  Dia _______ apabila semua rakannya pulang ke kampung semasa cuti sekolah.
A  berpeluk tubuh C  putih tulang
B  makan suap D  mati kuku

40  Sarimah sudah pandai ______ apabila keluar rumah.
A  pasang badan C  naik minyak
B  perang mulut D  berat tulang

Jawapan
1A
2D
3B
4A
5C
6C
7D
8C
9D
10D
11B
12B
13A
14A
15D
16B
17B
18A
19A
20C
21C
22B
23C
24B
25A
26B
27A
28A
29A
30B
31A
32D
33A
34C
35A
36A
37A
38D
39D
40A



1 ulasan: