Latihan 2 : Soalan Objektif Simpulan bahasa

Simpulan bahasa

Latihan berformat KBSR ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam menjawab soalan-soalan peribahasa.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Pekerja syarikat itu menerima ______ setelah dibayar bonus selama enam bulan oelh majikan mereka.
A  durian runtuh C  mata duitan
B  mahkota hati D  buah fikiran

2  Charles memang pandai bercakap, tetapi ibarat _____ sahaja kerana dia tidak tahu membuat apa-apa kerja pun.
A  perut kosong C  gelap mata
B  tulang hitam D  tin kosong

3  Remaja itu gelisah bagai _____ apabila rahsianya yang merokok telah diketahui oleh keluarga.
A  cacing kepanasan C  gila bayang
B  kaki bangku D  otak udang

4  Walaupun hidup sederhana, Nadia _______ dan sering membantu orang miskin dan fakir.
A  mulut tempayan C  murah hati
B  baik sangka D  pilih kasih

5  Mangsa-mangsa kebakaran itu hanya tinggal ____ kerana harta benda mereka semua musnah dalam kebakaran itu.
A  sehelai sepinggang C  kacang hantu
B  saudara kandung D  kata putus

6  Setiap bulan Muirah akan ______ untuk mencantikkan dan mewangikan tubuh badannya.
A  mandi bunga C  pasang tangan
B  mandi peluh D  cuci tangan

7  Amiah dan ibunya berkebun sayur di atas tanah yang _____ di belakang rumah mereka.
A  sekangkang kera C  setengah tiang
B  kucing bertanduk D   jalan tengah

8  Encik Jaya sudah mengenal pasti pekerjanya yang selalu makan _____ semasa di pejabat.
A  banyak akal C  gaji pokok
B  lintah darat D  gaji buta

9  Dia _______ apabila semua rakannya pulang ke kampung semasa cuti sekolah.
A  berpeluk tubuh C  putih tulang
B  makan suap D  mati kuku

10  Sarimah sudah pandai ______ apabila keluar rumah.
A  pasang badan C  naik minyak
B  perang mulut D  berat tulang

11  Maria ______ apabila mendapati bajunya yang dijemur di ampaian telah hilang.
A  separuh mati C  naik angin
B  putih tulang D  ada angin

12  Encik Rahman selalu memuji ______nya yang pandai memasak pelbagai jenis makanan.
A  orang dalam C  ibu angkat
B  orang dapur D  ibu keladi

13  Kelvin sanggup menjadi ______ dalam kes pecah amanah itu kerana dia dibayar dengan sejumlah wang yang sangat lumayan.
A  kambing hitam C  lintah darat
B  pekak badak D  mata petai

14  Suhana berasa sangat gembira kerana ditemukan dengan ______ yang bertanggungjawab.
A  bunga dedap C  buaya darat
B  teman hidup D  kaki bangku

15  Penangih dadah ibarat ______ yang tidak membawa sebarang faedah kepada masyarakat.
A  patung bernyawa C  kerang busuk
B  kera sumbang D  telinga kuali

16  ______ itu tidur di stesen bas dengan botol-botol arak yang bergelimpangan sehingga mengganggu orang yang lalu-lalang di situ.
A  Kaki bangku C  Kaki botol
B  Kaki ayam D  Kaki lima

17 Wong Chai mahu mengikut _______ ibu dan ayahnya untuk menjadi seorang peguam yang berdedikasi dan bertanggungjawab.
A  jejak langkah C  jalan buntu
B  jalan tengah D  jejak bara

18  Ali dan Ramu membuka ________ apabila dikejar anjing liar dalam perjalanan pulang ke rumah.
A  langkah seribu C  serkap jarang
B  cangkul angin D  lintah darat

19  Kami merasa lega mendengar berita tentang kemalangan yang menimpa keluarga Sarah cuma _____ sahaja.
A  lidah pendeta C  cakap besar
B  khabar angin D  kata putus

20  Maria dikatakan ______ kerana tidak tahan cuaca yang panas.
A  keras hati C  mulut tempayan
B  batu api D  puteri lilin

21  Ramli _______ pada guru wanita yang baru bertugas di sekolahnya.
A  Separuh mati C  jatuh hati
B  jatuh sakit D  tali barut

22  Mangsa kemalangan itu tinggal ______ dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
A  nyawa-nyawa ikan C  darah daging
B  malu-malu kucing D  mandi darah

23  _______ penduduk kampung itu ialah dengan menangkap hasil laut.
A  Mata pencarian C  mta duitan
B  Titik peluh D  Mata keranjang

24  “maaf puan, semua barang dijual di sini ______, tidak boleh dikurangkan lagi,” kata peniaga itu.
A  emas putih C  harga diri
B  harga mati D  duit kopi

25  Banyak sungguh bangunan ______ yang dibina di kawasan Kuala lumpur ini.
A  sekangkang kera C  dalam tangan
B  pencakar langit D  cari makan

26  Gadis manis itu ibarat _____ kerana tidak berbudi bahasa dan sombong.
A  lidah pendeta C  lipas kudung
B  bunga dedap D  batu api

27  Penagih dadah ibarat ______ dan tidak mendatangkan faedah kepada negara.
A  ayam tambatan C  kambing hitam
B  orang bawahan D  bangkai bernyawa

28  Puan Chong ______ melihat anak-anaknya bermain hujan dan tidak mendengar nasihatnya.
A  lepas tangan C  panas hati
B  melut murai D  minta diri

29  Aini mengambil kursus penulis itu sebagai _____ untuk menjadi seorang penulis.
A  bekas tangan C  batu loncatan
B  durian runtuh D  buah fikiran

30  Peragut itu menerima ______ daripada Ah Chong semasa cuba melarikan diri.
A  mandi kerbau C  buku lima
B  mandi peluh D  kaki lima

31  Walaupun ______ Mona kecil, tetapi elaun bulanan yang diterimanya sangat lumayan.
A  mulut tempayan C  gaji pokok
B  mulut mandi D  gaji buta

32  Janganlah mudah berputus asa jika gagal dalam peperiksaan kerana masih _____ untuk mendapat kejayaan.
A  cangkul angin C  ada jalan
B  berat tulang D  ada hati

33  Sherry dikatakan _____ setelah meminta semula baju yang diberikannya kepada Zila.
A  omong kosong C  buruk siku
B  iri hati D  bidan terjun

34  Adik tidak berani pergi ke tengah sungai, tetapi hanya bermain di ______ sahaja.
A  mulut tempayan C  kaki lika
B  perigi buta D  gigi air

35  Encik Kamal sanggup ______ menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam sungai itu.
A  berputih mata C  bergadai nyawa
B  makan diri D  bidan terjun

36  Janganlah kita suka menyalahkan orang lain kerana sikap begitu hanya akan me_____ sendiri.
A  makan suap C  tajam akal
B  makan diri D  cari akal

37  Walaupun tidak memenangi hadiah utama dalam pertandingan melukis itu, Amirul tetap mendapat hadiah ______.
A  durian runtuh C  ganti tikar
B  telinga kuali D  sagu hati

38  Mak Limah _____ kerana tidak tahu untuk membuat apa apabila dudduk di rumah anaknya di bandar.
A  telinga lintah C  mulut murai
B  hisap darah D  mati kutu

39  Murad ______ apabila pergaduhan antara Karim dan Dolah semakin mendarat.
A  kaki botol C  kaki ayam
B  kaki bangku D  angkat kaki

40  Amran tidak sedar apabila rumahnya dipecah masuk oleh pencuri semalam kerana dia _______
A  lidah bercabang C  tidur ayam
B  lintah darat D  tidur mati

41  Malim sering menghalang aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di kampung itu, sikapnya seperti _______
A  Mat Jenin C  Abu Nawas
B  Abu Jahal D  Pak Pandir

42  Sikap Dayah yang suka _______ itu menyebabkan Era dan Julie bergaduh.
A  alim kucing C  buruk siku
B  adu domba D  bidan terjun

43  Firdaus berjaya melepaskan diri daripada dihukum oleh guru disiplin kerana dia mempunyai ______
A   alim kucing C  hati tikus
B  akal kancil D  geli hati

44  Kebanyakan _______ terlibat dengan perusahaan desa itu.
A  anak gahara C  anak negeri
B  anak kandung D  anak air

45  Walaupun ______, nenek masih kuat berjalan.
A  mongkok udang C  berat tulang
B  bidan terjun D  besar kepala

46  Gadis yang jelita di kampung itu telah berjaya men______ Azman.
A  curi hati C  dalam tangan
B  cuci tangan D  cakap besar

47  Kadir ______ berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.
A  gaji buta C  cakap besar
B  cuci mata D  bulat hati

48  “Kamu haruslah membuat latihan itu bersungguh-sungguh, jangan ______,” kata Cikgu Yap.
A  cuci mata C  cuci tangan
B  isi hati D  hentam keromo

49  Suraya ______ dan tidak mahu mengaku kesalahannya selepas memecahkan pasu bunga milik ibunya.
A  lepas tangan C  angkat diri
B  kepala batu D  ganti tikar

50  Mak Limah bergaya seperti _____ apabila memakai kebaya ketat.
A  ibu kandung C  ibu keladi
B  ibu angkat D  ibu tiri

Jawapan
1A
2D
3A
4C
5A
6A
7A
8D
9D
10A
11C
12B
13A
14B
15A
16C
17A
18A
19B
20D
21C
22A
23A
24B
25B
26B
27D
28C
29C
30C
31C
32C
33C
34D
35C
36B
37D
38D
39D
40D
41B
42B
43B
44C
45A
46A
47D
48D
49A
50C





Tiada ulasan:

Catat Ulasan