Latihan Objektif : Perumpamaan
Sesuai untuk Tahun 6
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu _______.
A bagai aur dengan lebung
B bagai pinang dibelah dua
C bagai kacang lupakan kulit
D seperti anjing dengan kucing
2 Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu _____
A seperti api dalam sekam
B seperti gajah masuk kampung
C bagai Belanda meminta tanah
D bagai menatang minyak yang penuh
3 Lee dikatakan _____ kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh kawannya.
A bagai itik pulang petang
B bagai kera dapat bunga
C bagai bertepuk sebelah tangan
D bagai menatang minyak yang penuh
4 Sikap Carrie yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan sebagai _____
A bagai kumbang putus tali
B seperti cincin dengan permata
C bagai kelip-kelip terbang malam
D bagai melepaskan anjing tersepit
5 Perasaan Encik Lee ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR.
A seperti rusa masuk kampung
B seperti belut pulang ke lumpur
C seperti pungguk rindukan bulan
D seperti kaca terhempas ke batu
6 Air mukanya _______ kerana dijankiti penyakit H1N1.
A seperti isi dengan kuku
B seperti ayam berak kapur
C begai tikus membaiki labu
D bagai dakwat dengan kertas
7 Nasihat ibu kepada Ramesh _____ kerana Ramesh langsung tidka mempedulikan nasihatnya.
A seperti sampah hanyut
B seperti gergaji dua mata
C seperti ayam patuk anaknya
D bagai mencurah air di dalam keladi.
8 Encik Ali dan Puan Fatimah menjaga anak angkat mereka _______
A seperti ular kena palu
B seperti bumi dengan langit
C seperti anjing dengan kucing
D bagai menatang minyak yang penuh
9 Mulut Joo Min ____ apabila tiada guru di dalam kelas.
A bagai dihiris sembilu
B bagai murai tercabut ekor
C bagai menarik rambut di dalam tepung
D bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
10 Jia Ling _____ kerana kurang membaca.
A bagai abu di atas tunggal
B bagai pinang dibelah dua
C bagai bertepuk sebelah tangan
D seperti katak di bawah tempurung
11 Pendatang asing yang baru datang bekerja di Kuala Lumpur itu _______
A bagai itik pulang petang
B seperti rusa masuk kampung
C bagai bulan dipagari bintang
D air dicencang tidak akan putus
12 Mak cik itu _____ apabila mendapati dompetnya hilang.
A bagai ayam berak dapur
B bagai ayam disambar helang
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai mencurah air ke dalam keladi
13 Pengurus syarikat itu tidak berpuas hati dengan cara Chee Meng bekerja _____
A bagai bulan jatuh ke riba
B bagai dakwat dengan kertas
C bagai bulan penuh purnama
D bagai melepaskan batok di tangga
14 Shamsul dan isterinya Mastura sangat secocok _________.
A seperti kerbau dicucuk hidung
B seperti rusa masuk kampung
C bagai pinang dibelah dua
D seperti api dalam sekam
15 Menolong Rudi ______ kerana dia hanya mengharapkan simpati ahli keluarga tanpa mahu berusaha.
A bagai aur dengan tebing
B bagai bunyi periau pecah
C bagai ayam dimakan tungau
D bagai mendukung biawak hidup
16 Pui Man dikatakan ______ kerana membuat kerja apabila disuruh sahaja.
A bagai pahat dengan penukul
B bagai ayam disambar helang
C bagai menatang minyak yang penuh
D bagai menarik rambut di dalam tepung
17 Lily yang jelita ______ diminati oelh ramai pemuda.
A seperti isi dengan kuku
B bagai murai tercabut ekor
C bagai bulan purnama penuh
D seperti katak di bawah tempurung
18 Puan Lee dan suaminya berasa bimbang kerana keadaan anak mereka _______ setelah terlibat dalam kemalangan.
A seperti cicak makan kapur
B bagai telur di hujung tanduk
C bagai sirih pulang ke gagang
D seperti kerbau dicucuk hidung
19 Walaupun Ming dan abangnya bergaduh, namun demikian hubungan mereka seperti ______________
A ular kena palu
B batu jatuh ke lubuk
C kacang lupakan kulit
D air dicencang tidak akan putus
20 Kehidupan Wen sekeluarga akhirna _________, apabila kedua-dua orang abangnya berjaya menjawat jawatan tinggi di ibu kota.
A bagai kain tiga hasta
B bagai kumbang putus tali
C bagai Belanda meminta tanah
D seperti kaca terhempas ke batu
Jawapan
1A2C
3B
4D
5D
6B
7D
8D
9B
10D
11B
12C
13D
14C
15D
16A
17C
18B
19D
20B
baik
BalasPadam👍👍👍👍👍
BalasPadam👍🏻👍🏻👍🏻
BalasPadambaik. tolong share latihan perbahasa bergambar. tq
BalasPadam16/20
BalasPadamHEBAT
PadamBetul ianya hbt sngt;:
PadamBAGUS ADA LATIHAN NI TAPI DAPAT 11/20 JE
BalasPadamSaya 20/20 sng sgt sbb sye slalu bce buku ;IF YOU READ A BOOK YOU CAN ANSWER THE QUESTION
PadamPeribahasa yang betul bagi jawapan untuk soalan 13 D ialah "bagai melepaskan batok di tepi tangga". Batok bukan batuk. Kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang berbeza.
BalasPadamTerima kasih, soalan 13 sudah dibetulkan.
BalasPadamThe question is pretty easy.I got 20/20
BalasPadamBagus
BalasPadamSoalan 1 A bagai aur dengan tebing
BalasPadam