Latihan 13 : Soalan Objektif Simpulan Bahasa
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.
1 Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang baik hendaklah disudahkan sehingga sempurna.
Pernyataan di atas berkatian dengan maksud peribahasa
A alang-alang mandi biar basah
B biar titik jangan tumpah
C makin murah makin menawar
D melentur aur biar dari rebung
2 Dondang sayang terus diminati oleh rakyat sejak zaman-berzaman. Keadaan ini dapat dikatakan
A tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
B tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata
C di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
D benih yang baik jika jatuh ke laut menjadi pulau
3 Para peniaga yang menjual cakera padar cetak rompak di kaki lima kedai itu segera _________ apabila melihat pegawai kementerian Perdagangan Dalam Negeri sedang menjalankan rondaan.
A angkat tangan
B angkat kaki
C angkat topi
D angkat diri
4 Encik Soo dan isterinya digelar _______ kerana semenjak mereka berpindah ke Taman Bukit Mewah, mereka langsung tidak bergaul dengan jiran tetangga.
A kera sumbang
B kucing bertanduk
C ibu keladi
D cacing kepanasan
5 Peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas ialah
A bagai bulan dipagar bintang
B bagai kera mendapat bunga
C bagai enau dalam belukar
D bagai isi dengan kuku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan