Latihan berformat KBSR ini
bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam menjawab
soalan-soalan peribahasa.
Isi tempat kosong dengan
jawapan yang paling sesuai.
1 Pekerja syarikat itu menerima ______ setelah
dibayar bonus selama enam bulan oelh majikan mereka.
A durian runtuh C mata duitan
B mahkota hati D buah fikiran
2 Charles memang pandai bercakap, tetapi ibarat
_____ sahaja kerana dia tidak tahu membuat apa-apa kerja pun.
A perut kosong C gelap mata
B tulang hitam D tin kosong
3 Remaja itu gelisah bagai _____ apabila
rahsianya yang merokok telah diketahui oleh keluarga.
A cacing kepanasan C gila bayang
B kaki bangku D otak udang
4 Walaupun hidup sederhana, Nadia _______ dan
sering membantu orang miskin dan fakir.
A mulut tempayan C murah hati
B baik sangka D pilih kasih
5 Mangsa-mangsa kebakaran itu hanya tinggal
____ kerana harta benda mereka semua musnah dalam kebakaran itu.
A sehelai sepinggang C kacang hantu
B saudara kandung D kata putus
6 Setiap bulan Muirah akan ______ untuk
mencantikkan dan mewangikan tubuh badannya.
A mandi bunga C pasang tangan
B mandi peluh D cuci tangan
7 Amiah dan ibunya berkebun sayur di atas tanah
yang _____ di belakang rumah mereka.
A sekangkang kera C
setengah tiang
B kucing bertanduk D
jalan tengah
8 Encik Jaya sudah mengenal pasti pekerjanya
yang selalu makan _____ semasa di pejabat.
A banyak akal C gaji pokok
B lintah darat D gaji buta
9 Dia _______ apabila semua rakannya pulang ke
kampung semasa cuti sekolah.
A berpeluk tubuh C putih tulang
B makan suap D mati kuku
10 Sarimah sudah pandai ______ apabila keluar
rumah.
A pasang badan C naik minyak
B perang mulut D berat tulang
11 Maria ______ apabila mendapati bajunya yang
dijemur di ampaian telah hilang.
A separuh mati C naik angin
B putih tulang D ada angin
12 Encik Rahman selalu memuji ______nya yang
pandai memasak pelbagai jenis makanan.
A orang dalam C ibu angkat
B orang dapur D ibu keladi
13 Kelvin sanggup menjadi ______ dalam kes pecah
amanah itu kerana dia dibayar dengan sejumlah wang yang sangat lumayan.
A kambing hitam C lintah darat
B pekak badak D mata petai
14 Suhana berasa sangat gembira kerana ditemukan
dengan ______ yang bertanggungjawab.
A bunga dedap C buaya darat
B teman hidup D kaki bangku
15 Penangih dadah ibarat ______ yang tidak
membawa sebarang faedah kepada masyarakat.
A patung bernyawa C
kerang busuk
B kera sumbang D telinga kuali
16 ______ itu tidur di stesen bas dengan
botol-botol arak yang bergelimpangan sehingga mengganggu orang yang lalu-lalang
di situ.
A Kaki bangku C Kaki botol
B Kaki ayam D Kaki lima
17 Wong Chai mahu mengikut
_______ ibu dan ayahnya untuk menjadi seorang peguam yang berdedikasi dan
bertanggungjawab.
A jejak langkah C jalan buntu
B jalan tengah D jejak bara
18 Ali dan Ramu membuka ________ apabila dikejar
anjing liar dalam perjalanan pulang ke rumah.
A langkah seribu C serkap
jarang
B cangkul angin D lintah darat
19 Kami merasa lega mendengar berita tentang
kemalangan yang menimpa keluarga Sarah cuma _____ sahaja.
A lidah pendeta C cakap besar
B khabar angin D kata putus
20 Maria dikatakan ______ kerana tidak tahan
cuaca yang panas.
A keras hati C mulut tempayan
B batu api D puteri lilin
21 Ramli _______ pada guru wanita yang baru
bertugas di sekolahnya.
A Separuh mati C jatuh hati
B jatuh sakit D tali barut
22 Mangsa kemalangan itu tinggal ______ dan
dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
A nyawa-nyawa ikan C darah daging
B malu-malu kucing D mandi darah
23 _______ penduduk kampung itu ialah dengan
menangkap hasil laut.
A Mata pencarian C mta duitan
B Titik peluh D Mata keranjang
24 “maaf puan, semua barang dijual di sini
______, tidak boleh dikurangkan lagi,” kata peniaga itu.
A emas putih C harga diri
B harga mati D duit kopi
25 Banyak sungguh bangunan ______ yang dibina di
kawasan Kuala lumpur ini.
A sekangkang kera C
dalam tangan
B pencakar langit D cari makan
26 Gadis manis itu ibarat _____ kerana tidak
berbudi bahasa dan sombong.
A lidah pendeta C lipas kudung
B bunga dedap D batu api
27 Penagih dadah ibarat ______ dan tidak
mendatangkan faedah kepada negara.
A ayam tambatan C kambing hitam
B orang bawahan D bangkai bernyawa
28 Puan Chong ______ melihat anak-anaknya
bermain hujan dan tidak mendengar nasihatnya.
A lepas tangan C panas hati
B melut murai D minta diri
29 Aini mengambil kursus penulis itu sebagai
_____ untuk menjadi seorang penulis.
A bekas tangan C batu loncatan
B durian runtuh D buah fikiran
30 Peragut itu menerima ______ daripada Ah Chong
semasa cuba melarikan diri.
A mandi kerbau C buku lima
B mandi peluh D kaki lima
31 Walaupun ______ Mona kecil, tetapi elaun
bulanan yang diterimanya sangat lumayan.
A mulut tempayan C gaji pokok
B mulut mandi D gaji buta
32 Janganlah mudah berputus asa jika gagal dalam
peperiksaan kerana masih _____ untuk mendapat kejayaan.
A cangkul angin C ada jalan
B berat tulang D ada hati
33 Sherry dikatakan _____ setelah meminta semula
baju yang diberikannya kepada Zila.
A omong kosong C buruk siku
B iri hati D bidan terjun
34 Adik tidak berani pergi ke tengah sungai,
tetapi hanya bermain di ______ sahaja.
A mulut tempayan C kaki lika
B perigi buta D gigi air
35 Encik Kamal sanggup ______ menyelamatkan
anaknya yang terjatuh ke dalam sungai itu.
A berputih mata C bergadai nyawa
B makan diri D bidan terjun
36 Janganlah kita suka menyalahkan orang lain
kerana sikap begitu hanya akan me_____ sendiri.
A makan suap C tajam akal
B makan diri D cari akal
37 Walaupun tidak memenangi hadiah utama dalam
pertandingan melukis itu, Amirul tetap mendapat hadiah ______.
A durian runtuh C ganti tikar
B telinga kuali D sagu hati
38 Mak Limah _____ kerana tidak tahu untuk
membuat apa apabila dudduk di rumah anaknya di bandar.
A telinga lintah C mulut
murai
B hisap darah D mati kutu
39 Murad ______ apabila pergaduhan antara Karim
dan Dolah semakin mendarat.
A kaki botol C kaki ayam
B kaki bangku D angkat kaki
40 Amran tidak sedar apabila rumahnya dipecah
masuk oleh pencuri semalam kerana dia _______
A lidah bercabang C tidur ayam
B lintah darat D tidur mati
41 Malim sering menghalang aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan di kampung itu, sikapnya seperti _______
A Mat Jenin C Abu Nawas
B Abu Jahal D Pak Pandir
42 Sikap Dayah yang suka _______ itu menyebabkan
Era dan Julie bergaduh.
A alim kucing C buruk siku
B adu domba D bidan terjun
43 Firdaus berjaya melepaskan diri daripada
dihukum oleh guru disiplin kerana dia mempunyai ______
A alim kucing C hati tikus
B akal kancil D geli hati
44 Kebanyakan _______ terlibat dengan perusahaan
desa itu.
A anak gahara C anak negeri
B anak kandung D anak air
45 Walaupun ______, nenek masih kuat berjalan.
A mongkok udang C berat tulang
B bidan terjun D besar kepala
46 Gadis yang jelita di kampung itu telah
berjaya men______ Azman.
A curi hati C dalam tangan
B cuci tangan D cakap besar
47 Kadir ______ berhijrah ke bandar untuk
mencari pekerjaan.
A gaji buta C cakap besar
B cuci mata D bulat hati
48 “Kamu haruslah membuat latihan itu
bersungguh-sungguh, jangan ______,” kata Cikgu Yap.
A cuci mata C cuci tangan
B isi hati D hentam keromo
49 Suraya ______ dan tidak mahu mengaku
kesalahannya selepas memecahkan pasu bunga milik ibunya.
A lepas tangan C angkat diri
B kepala batu D ganti tikar
50 Mak Limah bergaya seperti _____ apabila
memakai kebaya ketat.
A ibu kandung C ibu keladi
B ibu angkat D ibu tiri
Jawapan
1A
2D
3A
4C
5A
6A
7A
8D
9D
10A
11C
12B
13A
14B
15A
16C
17A
18A
19B
20D
21C
22A
23A
24B
25B
26B
27D
28C
29C
30C
31C
32C
33C
34D
35C
36B
37D
38D
39D
40D
41B
42B
43B
44C
45A
46A
47D
48D
49A
50C
Tiada ulasan:
Catat Ulasan