Latihan 3 : Soalan Objektif Pepatah dan Bidalan untuk Tahun 6

Latihan Objektif 3 : Pepatah dan Bidalan 

Sesuai untuk Tahun 6

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Tujuan John membelanja Benjamin makan malam mesti ______
A ada udang di sebalik batu
B sambil menyelam minum air
C bumi mana yang tidak ditimpa hujan
D baik berjagung dahulu sementara menunggu padi masak

2 Amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. Bak kata perpatah, _________
A alah bisa tegal biasa
B hidup segan mati tak mahu
C biar putih tulang, jangan putih mati
D melentur buluh biarlah dari rebungnya

melentur buluh biarlah dari rebungnya


3 Penjahat yang telah merompak bank itu telah ditangkap oleh polis. Bak kata pepatah, __________
A berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
B di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
C berakit-akit ke hulu, berenang – renang ke tepian
D buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali-kali

4 Pihak sekolah telah memberi bantuan kepada Seng Kai sekeluarga kerana kehidupan mereka ibarat _________.
A masuk telinga kanan, keluar telingan kiri
B berani kerana benar, takut kerana salah
C ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
D kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

5 Kota raya Kuala Lumpur merupakan sebuah tempat yang ____ bagi pendatang asing.
A ada rupa ada harga
B ada gula ada semut
C indah khabar daripada rupa
D air yang tenang jangan disangka tiada buaya

6 Pelancong-pelancong dari luar negara berasa hampa kerana pulau peranginan itu _______
A ada pasang ada surut
B menanam tebu di tepi bibir
C indah khabar daripada rupa
D harapkan pagar, pagar makan padi

7 Walaupun hanya seminggu berada di rantau orang , namun demikian Zaman merasakan___________
A berdiri sama tinggi , duduk sama rendah
B di mana bumi dipijak, di sini langit dijunjung
C sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
D masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

8 “Jun Qi, lebih baik kamu siapkan kerja sekolah ini sebelum bermain. Bak kata pepatah, _________, “ kata Zen Yu.
A hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
B hidup dikandang adat, mati dikandung tanah
C berakit-akit ke hulu, berenang-renang ke depan
D masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

9 Jangan terlalu percaya kepada Yu Wen yang dikatakan _______ itu.
A musang berbulu ayam
B rosak badan kerana mulut
C ada udang di sebalik batu
D belakang parang kalau diasah akan tajam juga

10 Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan  merupakan pemain badminton yang hebat. Mereka dikatakan ____________
A berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
B kalah menjadi abu, menang menjadi arang
C kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
D buat baik berpada-pada, baut jahat jangan sekali

11 Bapa selalu mengajar kami berfikir dahulu sebelum membuat keputusan supaya tidak menyesal kemudian hari. Bak kata pepatah ____________
A hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
B rambut sama hitam, tetapi hati masing-masing
C sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
D Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

12 Sudah terlambat untuk mengubah keputusan yang dibuat kerana _________
A ada pasang ada surut
B nasi sudah menjadi bubur
C rumah sudah siap pahat berbunyi
D bumi mana yang tidak ditimpa hujan

13 Peniaga yang _______ pandai mengambil hati pelanggannya.
A ada rupa ada harga
B alah bisa tegal biasa
C bertanam tebu di tepi bibir
D biar putih tulang, jangan putih mata

14 Jangan memandang rendah kepada Roy kerana ___________
A jauh panggang dari api
B nasi sudah jadi bubur
C bumi mana yang tidak ditimpa hujan
D air yang tenang jangan disangka tiada buaya

15 Pengurus syarikat itu terlalu percaya kepada pembantu peribadinya sehingga menyusahkan diri sendiri. Dia berasa kecewa kerana ____________
A rosak badan kerana mulut
B hidup segan mati tidak mahu
C harapkan pagar, pagar makan padi
D ada ubi ada batas, ada budi ada balas

16 Trisha yang dahulunya otak udang akhirnya berjaya kerana rajin berusaha. Bak kata pepatah _____________
A ada gula ada semut
B melentur buluh biarlah dari rebungnya
C air yang tenang jangan disangka tiada buaya
D belakng parang kalau diasah akan tajam juga

17 Prestasi syarikat Wen Hon seperti ____________kerana mengalami naik turun sejak kebelakangan ini.
A ada rupa ada harga
B alah bisa tegal biasa
C ada pasang ada surut
D ada udang di sebalik batu

18 Cikgu Mei memaafkan budak yang melakukan kesalahan itu kerana baginya __________
A ada udang di sebalik batu
B indah khabar daripada rupa
C harapkan pagar, pagar makan padi
D bumi mana yang tidak ditimpa hujan

Jawapan

1A
2D
3D
4D
5B
6C
7D
8C
9A
10A
11C
12B
13C
14D
15C
16D
17C
18D