Isi tempat kosong denga jawapan yang paling sesuai.
1 Dato' Lim kecewa dengan kontraktor yang diamanahkan mengubah suai rumahnya kerana pekerjaan yang dibuatnya tidak sempurna.Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai melepaskan batuk di tangga
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai kumbang putus tali
2 Maziah hanya melakukan sesuatu kerja apabila disuruh oleh majikannya.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai panas mengandung hujan
B bagai pelita kehabisan minyak
C bagai sirih pulang ke gagang
D bagai pahat dengan penukul
3 Saiful memenangi sebuah kereta dalam pertandingan nyanyian itu tetapi malangnya dia tiada lesen memandu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai si kudung mendapat cincin
B bagai panas mengandung hujan
C bagai menumbuk padi hampa
D bagai murai tercabut ekor
4 Dia bersungguh-sungguh membaiki kereta yang rosak itu, tetapi akhirnya kereta itu bertambah rosak.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai membilang bulu kambing
B bagai telur di hujung tanduk
C bagai tikus membaiki labu
D bagai wau putus tali
5 Murid – murid itu bersungguh-sungguh mengusahakan taman sains di sekolah mereka.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti anak ayam kehilangan ibu
B seperti anai-anai makan kayu
C seperti anjing dengan kucing
D seperti api di dalam sekam
6 Mona tidak berhenti-henti bercerita mengenai percutiannya ke Jakarta.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti anjing berebut tulang
B seperti batu jatuh ke lubuk
C seperti ayam berak kapur
D seperti ayam berak kapur
7 Peter tidak duduk diam di luar wad semasa menanti isterinya bersalin di hospital.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti cincin dengan permata
B seperti ikan di dlaam belat
C seperti cicak berak kapur
D seperti duduk dalam duri
8 Rupa-rupanya Pak Johan itu bekas jaguh badminton negara. Tiada siapa yang sedar kerana dia begitu merendah diri.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti harimau menyembunyikan kukunya
B seperti kaca terhempas ke batu
C seperti bunyi gong pecah
D seperti gergaji dua mata
9 Sarah tidak pernah membantah suruhan Farah. Dia mengikut sahaja kemahuan kawannya itu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti lintah menghisap darah
B seperti melukut di tepi gantang
C seperti kerbau dicucuk hidung
D seperti langit dengan bumi
10 Siew Lan menjaga anak tunggalnya dengan penuh kasih sayang.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai menatang minyak yang penuh
B bagai mentimun dengan durian
C bagai melukut di tepi gantang
D bagai langau di ekor gajah
11 Walaupun baru pertama kali bertemu, kami mudah mesra dan seperti pernah berkenalan suatu masa dahulu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A laksana katak, sedikit hujan banyak bermain
B laksana asam dengan garam
C laksana kunyit dengan kapur
D laksana batik lasam
12 Walaupun sepuluh tahun telah berlalu, namun Puan Laila masih menunggu kepulangan anaknya yang sudah meninggal dunia itu di stesen kereta api.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A laksana mencari sungai yang tiada berhulu
B laksana asam dengan garam
C laksana wau melawan angin
D laksana lembu kasi
13 Ketika berjalan di tepi sungai, Lily tergelincir lalu jatuh ke dalam sungai ____________
A bagai ayam dimakan tunggu
B bagai bunyi cempedak jatuh
C bagai aur dengan tebing
D bagai air titik ke batu
14 Alif dan Anas ______________kerana mereka mempunyai banyak minat yang sama.
A bagai beliung dengan asahan
B bagai dakwat denga kertas
C bagai bulan jatuh ke riba
D bagai badak berendam
15 Kehidupan saya _______________semasa tinggal bersama bapa dan adik-beradik tiri.
A bagai kambing dihalau ke air
B bagai duri dalam daging
C bagai itik pulang petang
D bagai denai gajah lalu
16 Atikah ________________apabila menghalau rakan serumah yang banyak membantunya selama ini.
A bagai mendukung biawak hidup
B bagai kacang melupakan kulit
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai kera mendapat bunga
17 Walaupun masih muda, Sizwan sudah bergelar Profesor dan sering dijemput memberi ceramah di seluruh Malaysia.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
B umpama kiambang di air, akar tidak jejak di bumi
C umpama kayu buruk dek panas, reput dek hujan
D umpama jari di tangan , ada bercincin ada tidak
18 Lee Ping yang pantas berlari ___________________telah menenangi acara lari 100 meter.
A bagai melepaskan anjing tersepit
B bagai kumbang putus tali
C bagai keli kena ketuk
D bagai lipas kudung
19 Nuri dan adiknya _____________________apabila melihat ayah mereka yang garang itu.
A bagai melepaskan batuk di tangga
B bagai mendukung biawak hidup
C bagai kucing dibawakan lidi
D bagai keli kena batuk
20 Kasih sayang yang dibina oleh Kamal dan Kamelia berakhir jua. Mereka berpisah setelah sepuluh tahun berkahwin.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A umpama pucuk dengan umbut, tiada lauk baru dibaham
B umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri
C umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
D umpama bunga sedap depakai, layu dibuang
21 nasib Irfan ____________________apabila kakaknya pula meninggal dunia dalam kemalangan yang telah meragut nyawa kedua-dua orang tuanya.
A bagai ayam disambar helang'
B bagai anjing buruk kepala
C bagai berkain tiga hasta
D bagai ayam mabuk tahi
22 Mangsa bot karam itu hanya berserah kepada takdir ____________________
A bagai ayam dibawa ke kepuk
B bagai abu di atas tunggul
C bagai aur di atas bukit
D bagai air titik di batu
23 Kamarul sungguh bertuah kerana berkahwin dengan Elaira yang cantik dn pandai memasak itu_________________________
A bagai bertepuk sebelah tangan
B bagai bulan jatuh ke riba
C bagai bulan empat belas
D bagai bulan kesiangan
24 Hati Farah ______________apabila melihat ibunya bersusah payah bekerja untuk menyara keluarga.
A bagai dihiris dengan sembilu
B bagai hempedu lekat di hati
C bagai duri dalam daging
D bagai denai gajah lalu
25 Hidup Lim yang _________________berubah sejak dia bersekolah dan mula bergaul dengan kawan-kawan sekelasnya.
A seperti gagak menggonggong telur
B seperti katak di bawah tempurung
C seperti haruan makan anak
D seperti isi dengan kuku
26 Mak Lah dan Pak Jak tidak mahu tinggal di bandar bersama anaknya kerana masyarakat di bandar ___________________
A bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
B bagai bulan penuh mengambang di kaki awan
C bagai kambing di halau ke air
D bagai anjing buruk kepala
27 Penghuni rumah di tebing sungai itu mula bimbang ____________________apabila hujan turun tanpa henti sejak tiga hari yang lalu.
A bagai gagak menggonggong telur
B bagai katak di bawah tempurung
C bagai berumah di tepi tebing
D bagai bulan kesiangan
28 Walaupun menasihati Peter __________________, namun ibunya sentiasa mendoakan agar anaknya itu akan berubah suatu hari nanti.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai menghitung bulu kambing
C bagai kera mendapat bunga
D bagai keli kena ketuk
29 Tidak guna membantu orang yang tidak mengenang budi seperti Naim yang ________________
A bagai melepaskan batuk di tangga
B bagai melepaskan anjing tersepit
C bagai menghitung bulu kambing
D bagai keli kena ketuk
30 Hidup Mak Timah _________________apabila terpaksa menanggung hidup anaknya menagih dadah itu.
A bagai mendukung biawak hidup
B bagai kucing kehilangan anak
C bagai kumbang putus tali
D bagai mencincang air
31 Pertukaran Amin ke Desa Jaya __________________ itu amat menggembirakan kedua-dua orang tuanya.
A bagai sirih pulang ke gagang
B bagai pahat dengan penukul
C bagai pucuk pisang didiang
D bagai pinang dibelah dua
32 Suara wanita memecah sunyi pagi di rumah Sarah __________________. Suasana bising itu datang apabila Mila dn Mira bercerita tentang sesuatu perkara.
A bagai pelita kehabisan minyak
B bagai menumbuk padi hampa
C bagai murai tercabut ekor
D bagai mencencang air
33 Tumin seorang pekerja yang berdedikasi dan rajin _____________.
A bagai katak di bawah tempurung
B bagai lebah menghimpun madu
C bagai melepas batuk di tangga
D bagai pelita kehabisan minyak
34 Sejak diberhentikan kerja di Syarikat itu akibat kegawatan ekonomi, Musa selalu dalam kesedihan ____________.
A bagai panas mengandung hujan
B bagai bertepuk sebelah tangan
C bagai layang-layang putus tali
D bagai telur di hujung tanduk
35 Encik Badri dan Puan Aida berjalan mundar-mandir ______________ semasa menunggu doktor merawat anak mereka yang kemalangan itu.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai melepskan batuk di tangga
C bagai kelip-kelip terbang malam
D bagai kucing kehilangan anak
36 Wong dan David tidak setuju dengan hukuman yang dibuat oleh ibu mereka yang dianggap_______________________
A bagai pahat dengan penukul
B bagai limau masam sebelah
C bagai kucing dibawakan lidi
D bagai membelah betung
37 Amer _____________________apabila cintanya tidak pernah dihiraukan oleh Anjali.
A bagai cembul dengan tutupnya
B bagai bertepuk sebelah tangan
C bagai berumah di tepi tebing
D bagai duri dalam daging
38 Apabila waktu petang, jalan raya itu sesak kerana pekerja-pekerja kilang pulang ke destinasi masing-masing_______________
A bagai katak di bawah tempurung
B bagai harimau kelaparan
C bagai itik pulang petang
D bagai isi dengan kuku
39 Pasangan penggantin di atas pelamin itu sama cantik dan sama padan ____________
A seperti sirih pulang ke gagang
B seperti rasa batang pisang
C seperti pinang dibelah dua
D seperti kumbang putus tali
40 Hidup Zakuan ______________________kerana tidak dibenarkan keluar rumah oleh ibu dan ayahnya.
A laksana burung diam dalam sangkar
B laksana kunyit dengan kapur
C laksana asam dengan garam
D laksana lembu kasi
Jawapan
1B
2D
3A
4C
5B
6D
7D
8A
9C
10A
11C
12A
13B
14A
15B
16B
17A
18D
19C
20D
21A
22D
23B
24A
25B
26A
27C
28A
29B
30A
31A
32C
33B
34C
35D
36B
37B
38C
39C
40A
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam