Latihan 4 : Soalan-soalan latihan Objektif Perumpamaan

Isi tempat kosong denga jawapan yang paling sesuai.

1  Dato'  Lim kecewa dengan kontraktor yang diamanahkan mengubah suai rumahnya kerana pekerjaan yang dibuatnya tidak sempurna.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A  bagai mencurah air ke daun keladi
B  bagai melepaskan batuk di tangga
C  bagai kucing kehilangan anak
D  bagai kumbang putus tali

2  Maziah hanya melakukan sesuatu kerja apabila disuruh oleh majikannya.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A  bagai panas mengandung hujan
B  bagai pelita kehabisan minyak
C  bagai sirih pulang ke gagang
D  bagai pahat  dengan penukul

3  Saiful memenangi sebuah kereta dalam pertandingan nyanyian itu tetapi malangnya dia tiada lesen memandu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A  bagai si kudung mendapat cincin
B  bagai panas mengandung hujan
C  bagai menumbuk padi hampa
D  bagai murai tercabut ekor

4  Dia bersungguh-sungguh membaiki kereta yang rosak itu,  tetapi akhirnya kereta itu bertambah rosak.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A  bagai membilang bulu kambing
B  bagai telur di hujung tanduk
C  bagai tikus membaiki labu
D  bagai wau putus tali

5  Murid – murid itu bersungguh-sungguh mengusahakan taman sains di sekolah mereka.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A  seperti anak ayam kehilangan ibu
B  seperti anai-anai makan kayu
C  seperti anjing dengan kucing
D  seperti api di dalam sekam

6  Mona tidak berhenti-henti bercerita mengenai percutiannya ke Jakarta.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A  seperti anjing berebut tulang
B  seperti batu jatuh ke lubuk
C  seperti ayam berak kapur
D  seperti ayam berak kapur

7  Peter tidak duduk diam di luar wad semasa menanti isterinya bersalin di hospital.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A  seperti cincin dengan permata
B  seperti ikan di dlaam belat
C  seperti cicak berak kapur
D  seperti duduk dalam duri

8  Rupa-rupanya Pak Johan itu bekas jaguh badminton negara.  Tiada siapa yang sedar kerana dia begitu merendah diri.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A  seperti harimau menyembunyikan kukunya
B  seperti kaca terhempas ke batu
C  seperti bunyi gong pecah
D  seperti gergaji dua mata

9  Sarah tidak pernah membantah suruhan Farah.  Dia mengikut sahaja kemahuan kawannya itu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A  seperti lintah menghisap darah
B  seperti melukut di tepi gantang
C  seperti kerbau dicucuk hidung
D  seperti langit dengan bumi

10  Siew Lan menjaga anak tunggalnya dengan penuh kasih sayang.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A  bagai menatang minyak yang penuh
B  bagai mentimun dengan durian
C  bagai melukut di tepi gantang
D  bagai langau di ekor gajah

11  Walaupun baru pertama kali bertemu,  kami mudah mesra dan seperti pernah berkenalan suatu masa dahulu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A  laksana katak, sedikit hujan banyak bermain
B  laksana asam dengan garam
C  laksana kunyit dengan kapur
D  laksana batik lasam

12  Walaupun sepuluh tahun telah berlalu, namun Puan Laila masih menunggu kepulangan anaknya yang sudah meninggal dunia itu di stesen kereta api.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A   laksana mencari sungai yang tiada berhulu
B  laksana asam dengan garam
C  laksana wau melawan angin
D  laksana lembu kasi

13  Ketika berjalan di tepi sungai,  Lily tergelincir lalu jatuh ke dalam sungai ____________
A  bagai ayam dimakan tunggu
B  bagai bunyi cempedak jatuh
C  bagai aur dengan tebing
D  bagai air titik ke batu

14  Alif dan Anas ______________kerana mereka mempunyai banyak minat yang sama.
A  bagai beliung dengan asahan
B  bagai dakwat denga kertas
C  bagai bulan jatuh ke riba
D  bagai badak berendam

15  Kehidupan saya _______________semasa tinggal bersama bapa dan adik-beradik tiri.
A  bagai kambing dihalau ke air
B  bagai duri dalam daging
C  bagai itik pulang petang
D  bagai denai gajah lalu

16  Atikah ________________apabila menghalau rakan serumah yang banyak membantunya selama ini.
A  bagai mendukung biawak hidup
B  bagai kacang melupakan kulit
C  bagai kucing kehilangan anak
D  bagai kera mendapat bunga

17  Walaupun masih muda,  Sizwan sudah bergelar Profesor dan sering dijemput memberi ceramah di seluruh Malaysia.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A  umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
B  umpama kiambang di air, akar tidak jejak di bumi
C  umpama kayu buruk dek panas, reput dek hujan
D  umpama jari di tangan , ada bercincin ada tidak

18  Lee Ping yang pantas berlari ___________________telah menenangi acara lari 100 meter.
A  bagai melepaskan anjing tersepit
B  bagai kumbang putus tali
C  bagai keli kena ketuk
D  bagai lipas kudung

19  Nuri dan adiknya _____________________apabila melihat ayah mereka yang garang itu.
A  bagai melepaskan batuk di tangga
B  bagai  mendukung biawak hidup
C  bagai kucing dibawakan lidi
D  bagai keli kena batuk

20  Kasih sayang yang dibina oleh Kamal dan Kamelia berakhir jua.  Mereka berpisah setelah sepuluh tahun berkahwin.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A  umpama pucuk dengan umbut, tiada lauk baru dibaham
B  umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri
C  umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
D  umpama bunga sedap depakai, layu dibuang

21  nasib Irfan ____________________apabila kakaknya pula meninggal dunia dalam kemalangan yang telah meragut nyawa kedua-dua orang tuanya.
A  bagai ayam disambar helang'
B  bagai anjing buruk kepala
C  bagai berkain tiga hasta
D  bagai ayam mabuk tahi

22  Mangsa bot karam itu hanya berserah kepada takdir ____________________
A  bagai ayam dibawa ke kepuk
B  bagai abu di atas tunggul
C  bagai aur di atas bukit
D  bagai air titik di batu

23  Kamarul sungguh bertuah kerana berkahwin dengan Elaira yang cantik dn pandai memasak itu_________________________
A  bagai bertepuk sebelah tangan
B  bagai bulan jatuh ke riba
C  bagai bulan empat belas
D  bagai bulan kesiangan

24  Hati Farah ______________apabila melihat ibunya bersusah payah bekerja untuk menyara keluarga.
A  bagai dihiris dengan sembilu
B  bagai hempedu lekat di hati
C  bagai duri dalam daging
D  bagai denai gajah lalu

25  Hidup Lim yang _________________berubah sejak dia bersekolah dan mula bergaul dengan kawan-kawan sekelasnya.
A  seperti gagak menggonggong telur
B  seperti katak di bawah tempurung
C  seperti haruan makan anak
D  seperti isi dengan kuku

26  Mak Lah dan Pak Jak tidak mahu tinggal di bandar bersama anaknya kerana masyarakat di bandar ___________________
A  bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
B  bagai bulan penuh mengambang di kaki awan
C  bagai kambing di halau ke air
D  bagai anjing buruk kepala

27  Penghuni rumah di tebing sungai itu mula bimbang ____________________apabila hujan turun tanpa henti sejak tiga hari yang lalu.
A  bagai gagak menggonggong telur
B  bagai katak di bawah tempurung
C  bagai berumah di tepi tebing
D  bagai bulan kesiangan

28  Walaupun menasihati Peter __________________,  namun ibunya sentiasa mendoakan agar anaknya itu akan berubah suatu hari nanti.
A  bagai mencurah air ke daun keladi
B  bagai menghitung bulu kambing
C  bagai kera mendapat bunga
D  bagai keli kena ketuk

29  Tidak guna membantu orang yang tidak mengenang budi seperti Naim yang ________________
A  bagai melepaskan batuk di tangga
B  bagai melepaskan anjing tersepit
C  bagai menghitung bulu kambing
D  bagai keli kena ketuk

30  Hidup  Mak Timah _________________apabila terpaksa menanggung hidup anaknya menagih dadah itu.
A  bagai mendukung biawak hidup
B  bagai kucing kehilangan  anak
C  bagai kumbang putus tali
D  bagai mencincang air

31  Pertukaran Amin ke Desa Jaya __________________ itu amat menggembirakan kedua-dua orang tuanya.
A  bagai sirih pulang ke gagang
B  bagai pahat dengan penukul
C  bagai pucuk pisang didiang
D  bagai pinang dibelah dua

32  Suara wanita memecah sunyi pagi di rumah Sarah __________________.  Suasana bising itu datang apabila Mila dn Mira bercerita tentang sesuatu perkara.
A  bagai  pelita kehabisan minyak
B  bagai menumbuk padi hampa
C  bagai murai tercabut ekor
D  bagai mencencang air

33 Tumin seorang pekerja yang berdedikasi dan rajin _____________.
A  bagai katak di bawah tempurung
B  bagai lebah menghimpun madu
C  bagai melepas batuk di tangga
D  bagai pelita kehabisan minyak

34  Sejak diberhentikan kerja di Syarikat itu akibat kegawatan ekonomi, Musa selalu dalam kesedihan ____________.
A  bagai panas mengandung hujan
B  bagai bertepuk sebelah tangan
C  bagai layang-layang putus tali
D  bagai telur di hujung tanduk

35  Encik  Badri  dan Puan Aida berjalan mundar-mandir ______________ semasa menunggu doktor merawat anak mereka yang kemalangan itu.
A  bagai mencurah air ke daun keladi
B  bagai melepskan batuk di tangga
C  bagai kelip-kelip terbang malam
D  bagai kucing kehilangan anak

36  Wong dan David tidak setuju dengan hukuman yang dibuat oleh ibu mereka yang dianggap_______________________
A  bagai pahat dengan penukul
B  bagai limau masam sebelah
C  bagai kucing dibawakan lidi
D  bagai membelah betung

37  Amer _____________________apabila cintanya tidak pernah dihiraukan oleh Anjali.
A  bagai cembul dengan tutupnya
B  bagai bertepuk sebelah tangan
C  bagai berumah di tepi tebing
D  bagai duri dalam daging

38  Apabila waktu petang, jalan raya itu sesak kerana pekerja-pekerja kilang pulang ke destinasi masing-masing_______________
A  bagai katak di bawah tempurung
B  bagai harimau kelaparan
C  bagai itik pulang petang
D  bagai isi dengan kuku

39  Pasangan penggantin di atas pelamin itu sama cantik  dan sama padan ____________
A  seperti sirih pulang ke gagang
B  seperti rasa batang pisang
C  seperti  pinang dibelah dua
D  seperti kumbang putus tali

40  Hidup  Zakuan ______________________kerana tidak dibenarkan keluar rumah oleh ibu dan ayahnya.
A  laksana burung diam dalam sangkar
B  laksana kunyit dengan kapur
C  laksana asam dengan garam
D  laksana lembu kasi

Jawapan
1B
2D
3A
4C
5B
6D
7D
8A
9C
10A
11C
12A
13B
14A
15B
16B
17A
18D
19C
20D
21A
22D
23B
24A
25B
26A
27C
28A
29B
30A
31A
32C
33B
34C
35D
36B
37B
38C
39C
40A


Latihan 3 : Soalan Objektif Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa

Latihan berformat KBSR ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam menjawab soalan-soalan peribahasa.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Pemuda-pemuda yang menjadi _____ Inggeris amat dibenci oleh orang kampung.
A  kaki wayang C  orang gaji
B  bidan terjun D  tali barut

2  Sikap Ah Meng yang pelik itu menyebabkan kami ______ terhadapnya.
A  buruk sangka C  gelap mata
B  gelap fikiran D  buruk siku

3  Jangan selalu ______ kepada budak-budak itu, nanati mereka manja dan tidak mahu mendengar kata.
A  senyum simpul C  tajam akal
B  bawa mulut D  beri muka

4  Pihak lawan telah mengibarkan _______ sebagai tanda mengundurkan diri.
A   bendera putih C  putih mata
B  buku lima D  duit kopi

5  Sejak kematian kedua-dua ibu bapa kami, abang memikul segala tanggungjawab dan menjadi _____ keluarga.
A  tulang belakang C  teman hidup
B  mata keranjang D  orang dalam

6  Malisarah sentiasa memastikan setiap tulisannya diselitkan  ______ untuk menambahkan pengetahuan pembacanya.
A  lidah bercabang C  lidah biawak
B  lidah pendeta D  lintah darat

7  Aku akan membalas dendam atas perbuatannya terhadap keluarga aku kerana ______ mesti dibayar darah.
A  hutang darah C  hangat hati
B  bunga dedap D  salah urat

8  Anita sungguh bertuah kerana dia berpeluang mengikut keluarganya melancong ke negeri  ______.
A  paku Belanda C  makan angin
B  bawah angin D  orang halus

9  Budak yang ______ itu akhirnya pandai membaca dan mengira setelah diasuh dengan gigih.
A  gila bayang C  otak udang
B  habis bulan D  paku mati

10  Datuk Kerol dan Datin Kiah mengambil ______ untuk menghantar ibu bapa mereka menuaikan haji pada tahun hadapan.
A  kambing hitam C  lidah pendeta
B  bintang terang D  kata putus

11 Nancy sekadar ______ sahaja semasa menjaga ibunya yang sakit di hospital.
A  nyawa-nyawa ikan C  gila-gila bahasa
B  tidur-tidur ayam D  tua-tau keladi

12  Walapun mata anak perempuan Mak jah ______, tetapi wajah mereka sangat cantik.
A  rabun ayam C  bintang terang
B  lintah darat D  juling air

13  Rumah Imam Sahak menjadi pusat ______ berkumpul untuk belajar agama pada setiap hujung minggu.
A  hilang semangat C  bunga dedap
B  saudara baru D  ibu kandung

14  Artis wanita yang popular itu menerima _______ sebanyak RM 20 000 daripada suaminya.
A  wang hantaran C  wang muka
B  wang hangus D  wang kopi

15  Murid yang ______ itu dirotan di hadapan semua murid di dalam perhimpunan.
A  cuci mata C  cepat tangan
B  lintah darat D  rabun ayam

16  Setelah penat bekerja, Silva ______ di kawasan tasik berhampiran rumahnya.
A  berta tulang C  ambil berat
B  ambil angin D  gerak hati

17  Aku tahu dia hanya ______, sebab itulah aku tidak mahu mengikutnya.
A  nyawa-nyawa ikan C  ajak-ajak ayam
B  tidur-tidur ayam D  tua-tua keladi

18  Kamisah menemui _____ dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangannya.
A  lidang bercabang C  jalan tengah
B  untung sabut D  jalan buntu

19  Ingatlah pesan ibu supaya menjaga _____ walau di mana sahaja kamu berada.
A  kampung halaman C  lidah pendeta
B  kera sumbang D  harga diri

20  Cikgu Besah memandang kami yang datang lewat  ke kelasnya dengan _____ sahaja.
A  gerak badan C  beri muka
B  ekor mata D  ada angin

21  “Tolonglah beredar dari tempat kami ______ ini'” rayu emak Tai Thong kepada ahli kongsi gelap yang mengganggu mereka.
A  mandi kerbau C  cari makan
B  cepat tangan D  main mata

22  Berubah ______ Seroja apabila dimarahi oleh Encik Aiman di hadapan rakan sekerjanya.
A  langkah tangan C  telinga nipis
B  kepala angin D  air muka

23  Kami membawa ______ semasa menziarahi ibu Malek yang terlantar sakit di rumahnya.
A  buah tangan C  buah pena
B  buah mulut D  buah hati

24  Sarah terpaksa menjadi _______ menggantikan seorang pengadil yang jatuh sakit dalam pertandingan syarahan itu.
A  bongkok udang C  besar kepala
B  adik kandung D  bidan terjun

25  Dengarlah nasihat ibu dan bapa kamu kerana mereka lebih dahulu ______ daripada kita.
A  makan garam C  kaki bangku
B  makan angin D  kaki lima

26  Sejak peristiwa seram itu, ramai _____ tidak berani keluar pada waktu malam lagi.
A  kusut fikiran C  kutu embun
B  lintah darat D  kaki ayam

27  Usahakan perniagaan kamu sehingga berjaya dan janganlah sekadar ______ sahaja.
A  hangat-hangat tahi ayam C  ajak-ajak ayam
B  tidur-tidur ayam D  rabun ayam

28  Ziana ______ sehingga sanggup menghalau ibunya dari rumah.
A  hidung belang C  telinga kuali
B  buta hati D  buta huruf

29  Murid yang _____ itu engggan berkawan dnegan kami yang dianggapnya tidak setaraf dengannya.
A  mulut tempayan C  hidung tinggi
B  hidung belang D  telinga kuali

30  Wanita _____ itu hanya ingin berkawan dengan lelaki yang kaya sahaja.
A  lupa daratan C  pisau cukur
B  gulungan tikar D  ambil berat

31  Pengunjung yang berkelah di tepi sungai itu terkejut dengan kehadiran beberapa ekor _____ yang tenggelam timbul di permukaan sungai.
A  harimau berantai C  bunga dedap
B  buaya tembaga D  buaya darat

32  Semua _______ memberikan perkhidmatan yang terbaik dan melayan penumpang dengan ramah.
A  mulut tempayan C  mulut murai
B  anak angkat D  anak kapal

33  Oleh sebab Malek ______, maka dia hanya menonton perlawanan bola sepak yang diadakan di padang sekolahnya.
A  kaki bangku C  mulut murai
B  telinga kuali D  kaki judi

34  Berhati-hati apabila bercakap dengan nenek kerana dia amat mudah ______jika kita bersalah cakap.
A  mabuk darah C  pekak badak
B  keras kepala D kecil hati

35  Jejaka yang _____ itu sememangnya kacak dan berjaya mencuri hati ramai anak gadis di syarikatanya.
A  lidah bercabang C  langkah kanan
B  bongkok sabut D  kera sumbang

36  Johan sering terkenangkan akan ______nya yang sudah lama ditinggalkan sejak dia berhijrah ke luar negara.
A  kampung halaman C  kambing hitam
B  senyum kambing D  lintah darat

37  Maria memuji bibir Siew Ling yang merah bak _______
A  delima merekah C  senyum kambing
B  tangaki jering D  kaki botol

38  Saya membayar ________ sebanyak sepuluh peratus daripada harga kereta yang hendak dibeli.
A  wnag hangus C  darah putih
B  wang muka D  emas putih

39  “Cermin mata ini sesuai dengan bentuk muka puan yang ______ dan putih melepak,”  kata jurujual itu kepada Puan Lorina.
A  hidung tinggi C  bujur sirih
B  cakar ayam D  tahi lalat

40  Lelaki ayng ______ itu sering mengganggu dan memerhatikan gerak-geri bekas isterinya.
A  gila-gila bahasa C  buah hati
B  gila bayang D  jatuh hati

41  Anak gadia Pak Jenal memang jelita ddan manis, apatah lagi ditambah dengan _____ di tepi bibirnya yang comel itu.
A  telinga kuali C  mata petai
B  mulut murai D  tahi lalat

42  Ramesh budak yang _____ kerana tidak mahu langsung mendengar nasihat orang lain.
A  khabar angin C  geli hati
B  kepala batu D  buah hati

43  Amran _______ apabila ditawarkan sejumlah wang yang banyak untuk memalsukan dokumen itu.
A  langkah kiri C  gelap mata
B  langkah kanan D  mata petai

44  kejayaan atlet Paralimpik berjaya ________ banyak pihak yang selama ini memandang rendah keupayaan mereka.
A  membuka tembelang C  membuka mata
B  membuka mulut D  memberi muka

45  Muka pencuri itu seperti _____ apabila terserempak dengan dua orang anggota polis yang meronda di situ.
A   bulan kesiangan C  lidah kambing
B  mulut tempayan D  kambing hitam

46  Jamal  terlalu boros dalam berbelanja dan akibatnya dia terpaksa menanggung hutang yang _______
A  sehelai sepinggang C  dalam tangan
B  keliling pinggang D  kusut fikiran

47  Nani berasa lega setelah meluahkan _______nya pada guru kaunseling di sekolah.
A  buah hati C  isi hati
B  jatuh hati D  iri hati

48  Peserta larian desa itu masih meneruskan larian walaupun ______ mulai turun.
A  embun jantan C  delima merekah
B  emas putih D  durian runtuh

49  “Puan Siti, saya _______ dahulu kerana hari pun sudah lewat petang,”  kata Puan Jaya.
A  hilang semangat C  cakap besar
B  pasang badan D  minta diri

50  Rupa-rupanya dialah ______ yang dicari selama ini, yang menyebabkan syarikat kita jatuh muflis.
A  musuh dalam selimut C  nyawa-nyawa ikan
B  Nujum Pak Belalang D  jinak-jinak merpati

Jawapan
1D
2A
3D
4A
5A
6B
7A
8B
9C
10D
11B
12A
13B
14A
15C
16B
17C
18D
19D
20B
21C
22D
23A
24D
25A
26C
27A
28B
29C
30C
31B
32D
33A
34D
35B
36A
37A
38B
39C
40B
41D
42B
43C
44C
45A
46B
47C
48A
49D
50A

Latihan 2 : Soalan Objektif Simpulan bahasa

Simpulan bahasa

Latihan berformat KBSR ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam menjawab soalan-soalan peribahasa.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Pekerja syarikat itu menerima ______ setelah dibayar bonus selama enam bulan oelh majikan mereka.
A  durian runtuh C  mata duitan
B  mahkota hati D  buah fikiran

2  Charles memang pandai bercakap, tetapi ibarat _____ sahaja kerana dia tidak tahu membuat apa-apa kerja pun.
A  perut kosong C  gelap mata
B  tulang hitam D  tin kosong

3  Remaja itu gelisah bagai _____ apabila rahsianya yang merokok telah diketahui oleh keluarga.
A  cacing kepanasan C  gila bayang
B  kaki bangku D  otak udang

4  Walaupun hidup sederhana, Nadia _______ dan sering membantu orang miskin dan fakir.
A  mulut tempayan C  murah hati
B  baik sangka D  pilih kasih

5  Mangsa-mangsa kebakaran itu hanya tinggal ____ kerana harta benda mereka semua musnah dalam kebakaran itu.
A  sehelai sepinggang C  kacang hantu
B  saudara kandung D  kata putus

6  Setiap bulan Muirah akan ______ untuk mencantikkan dan mewangikan tubuh badannya.
A  mandi bunga C  pasang tangan
B  mandi peluh D  cuci tangan

7  Amiah dan ibunya berkebun sayur di atas tanah yang _____ di belakang rumah mereka.
A  sekangkang kera C  setengah tiang
B  kucing bertanduk D   jalan tengah

8  Encik Jaya sudah mengenal pasti pekerjanya yang selalu makan _____ semasa di pejabat.
A  banyak akal C  gaji pokok
B  lintah darat D  gaji buta

9  Dia _______ apabila semua rakannya pulang ke kampung semasa cuti sekolah.
A  berpeluk tubuh C  putih tulang
B  makan suap D  mati kuku

10  Sarimah sudah pandai ______ apabila keluar rumah.
A  pasang badan C  naik minyak
B  perang mulut D  berat tulang

11  Maria ______ apabila mendapati bajunya yang dijemur di ampaian telah hilang.
A  separuh mati C  naik angin
B  putih tulang D  ada angin

12  Encik Rahman selalu memuji ______nya yang pandai memasak pelbagai jenis makanan.
A  orang dalam C  ibu angkat
B  orang dapur D  ibu keladi

13  Kelvin sanggup menjadi ______ dalam kes pecah amanah itu kerana dia dibayar dengan sejumlah wang yang sangat lumayan.
A  kambing hitam C  lintah darat
B  pekak badak D  mata petai

14  Suhana berasa sangat gembira kerana ditemukan dengan ______ yang bertanggungjawab.
A  bunga dedap C  buaya darat
B  teman hidup D  kaki bangku

15  Penangih dadah ibarat ______ yang tidak membawa sebarang faedah kepada masyarakat.
A  patung bernyawa C  kerang busuk
B  kera sumbang D  telinga kuali

16  ______ itu tidur di stesen bas dengan botol-botol arak yang bergelimpangan sehingga mengganggu orang yang lalu-lalang di situ.
A  Kaki bangku C  Kaki botol
B  Kaki ayam D  Kaki lima

17 Wong Chai mahu mengikut _______ ibu dan ayahnya untuk menjadi seorang peguam yang berdedikasi dan bertanggungjawab.
A  jejak langkah C  jalan buntu
B  jalan tengah D  jejak bara

18  Ali dan Ramu membuka ________ apabila dikejar anjing liar dalam perjalanan pulang ke rumah.
A  langkah seribu C  serkap jarang
B  cangkul angin D  lintah darat

19  Kami merasa lega mendengar berita tentang kemalangan yang menimpa keluarga Sarah cuma _____ sahaja.
A  lidah pendeta C  cakap besar
B  khabar angin D  kata putus

20  Maria dikatakan ______ kerana tidak tahan cuaca yang panas.
A  keras hati C  mulut tempayan
B  batu api D  puteri lilin

21  Ramli _______ pada guru wanita yang baru bertugas di sekolahnya.
A  Separuh mati C  jatuh hati
B  jatuh sakit D  tali barut

22  Mangsa kemalangan itu tinggal ______ dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
A  nyawa-nyawa ikan C  darah daging
B  malu-malu kucing D  mandi darah

23  _______ penduduk kampung itu ialah dengan menangkap hasil laut.
A  Mata pencarian C  mta duitan
B  Titik peluh D  Mata keranjang

24  “maaf puan, semua barang dijual di sini ______, tidak boleh dikurangkan lagi,” kata peniaga itu.
A  emas putih C  harga diri
B  harga mati D  duit kopi

25  Banyak sungguh bangunan ______ yang dibina di kawasan Kuala lumpur ini.
A  sekangkang kera C  dalam tangan
B  pencakar langit D  cari makan

26  Gadis manis itu ibarat _____ kerana tidak berbudi bahasa dan sombong.
A  lidah pendeta C  lipas kudung
B  bunga dedap D  batu api

27  Penagih dadah ibarat ______ dan tidak mendatangkan faedah kepada negara.
A  ayam tambatan C  kambing hitam
B  orang bawahan D  bangkai bernyawa

28  Puan Chong ______ melihat anak-anaknya bermain hujan dan tidak mendengar nasihatnya.
A  lepas tangan C  panas hati
B  melut murai D  minta diri

29  Aini mengambil kursus penulis itu sebagai _____ untuk menjadi seorang penulis.
A  bekas tangan C  batu loncatan
B  durian runtuh D  buah fikiran

30  Peragut itu menerima ______ daripada Ah Chong semasa cuba melarikan diri.
A  mandi kerbau C  buku lima
B  mandi peluh D  kaki lima

31  Walaupun ______ Mona kecil, tetapi elaun bulanan yang diterimanya sangat lumayan.
A  mulut tempayan C  gaji pokok
B  mulut mandi D  gaji buta

32  Janganlah mudah berputus asa jika gagal dalam peperiksaan kerana masih _____ untuk mendapat kejayaan.
A  cangkul angin C  ada jalan
B  berat tulang D  ada hati

33  Sherry dikatakan _____ setelah meminta semula baju yang diberikannya kepada Zila.
A  omong kosong C  buruk siku
B  iri hati D  bidan terjun

34  Adik tidak berani pergi ke tengah sungai, tetapi hanya bermain di ______ sahaja.
A  mulut tempayan C  kaki lika
B  perigi buta D  gigi air

35  Encik Kamal sanggup ______ menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam sungai itu.
A  berputih mata C  bergadai nyawa
B  makan diri D  bidan terjun

36  Janganlah kita suka menyalahkan orang lain kerana sikap begitu hanya akan me_____ sendiri.
A  makan suap C  tajam akal
B  makan diri D  cari akal

37  Walaupun tidak memenangi hadiah utama dalam pertandingan melukis itu, Amirul tetap mendapat hadiah ______.
A  durian runtuh C  ganti tikar
B  telinga kuali D  sagu hati

38  Mak Limah _____ kerana tidak tahu untuk membuat apa apabila dudduk di rumah anaknya di bandar.
A  telinga lintah C  mulut murai
B  hisap darah D  mati kutu

39  Murad ______ apabila pergaduhan antara Karim dan Dolah semakin mendarat.
A  kaki botol C  kaki ayam
B  kaki bangku D  angkat kaki

40  Amran tidak sedar apabila rumahnya dipecah masuk oleh pencuri semalam kerana dia _______
A  lidah bercabang C  tidur ayam
B  lintah darat D  tidur mati

41  Malim sering menghalang aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di kampung itu, sikapnya seperti _______
A  Mat Jenin C  Abu Nawas
B  Abu Jahal D  Pak Pandir

42  Sikap Dayah yang suka _______ itu menyebabkan Era dan Julie bergaduh.
A  alim kucing C  buruk siku
B  adu domba D  bidan terjun

43  Firdaus berjaya melepaskan diri daripada dihukum oleh guru disiplin kerana dia mempunyai ______
A   alim kucing C  hati tikus
B  akal kancil D  geli hati

44  Kebanyakan _______ terlibat dengan perusahaan desa itu.
A  anak gahara C  anak negeri
B  anak kandung D  anak air

45  Walaupun ______, nenek masih kuat berjalan.
A  mongkok udang C  berat tulang
B  bidan terjun D  besar kepala

46  Gadis yang jelita di kampung itu telah berjaya men______ Azman.
A  curi hati C  dalam tangan
B  cuci tangan D  cakap besar

47  Kadir ______ berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.
A  gaji buta C  cakap besar
B  cuci mata D  bulat hati

48  “Kamu haruslah membuat latihan itu bersungguh-sungguh, jangan ______,” kata Cikgu Yap.
A  cuci mata C  cuci tangan
B  isi hati D  hentam keromo

49  Suraya ______ dan tidak mahu mengaku kesalahannya selepas memecahkan pasu bunga milik ibunya.
A  lepas tangan C  angkat diri
B  kepala batu D  ganti tikar

50  Mak Limah bergaya seperti _____ apabila memakai kebaya ketat.
A  ibu kandung C  ibu keladi
B  ibu angkat D  ibu tiri

Jawapan
1A
2D
3A
4C
5A
6A
7A
8D
9D
10A
11C
12B
13A
14B
15A
16C
17A
18A
19B
20D
21C
22A
23A
24B
25B
26B
27D
28C
29C
30C
31C
32C
33C
34D
35C
36B
37D
38D
39D
40D
41B
42B
43B
44C
45A
46A
47D
48D
49A
50C





Latihan 1 : Soalan-soalan Objektif Peribahasa


Latihan Peribahasa No. 1

Latihan Berformat KBSR
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Encik Mail menerima kedatangan kami dengan _____ walaupun belum pernah bertemu.
A tangan terbuka C cuci tangan
B gelap fikiran D tangkai hati

2 Najihah rela _____ untuk membeli kereta idamannya itu.
A gerak badan C hancur hati
B banyak akal D ikat perut

3 Jangan _______ menuduh orang lain kalau tidak ada bukti yang kukuh.
A diam-diam ubi C angkat muka
B serkap jarang D curi tulang

4 Semua pekerja diminta memberi ______ masing-masing dalam perbincangan meja bulat itu.
A buah fikiran C buah pena
B bauh mulut D buah hati

5 Apabila sudah berjaya, Kok Meng menjadi _____ dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.
A bongkok udang C besar kepala
B darah daging D kaki bangku

6 Park Jung merupakan _______ sekolah kami kerana dia sering mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan pidato dan badminton.
A anak kandung C anak emas
B anak angkat D anak buah

7 Setiap hari Ahad, Cikgu Selvi akan mengajar anak-anak penduduk kampung itu yang tidak tahu mengira dan ______
A mata duitan C kaki ayam
B busuk hati D buta huruf

8 Saya berasa _______ melihat telatah pelawak-pelawak di kaca televisyen itu.
A busuk hati C geli hati
B buah hati D iri hati

9 Pihak penguat kuaasa menahan warga asing yang berniaga di _______ bangunan itu.
A kaki bangku C kaki botol
B kaki ayam D kaki lima

10 Ramli sering menggunakan _______nya untuk menipu guru apabila tidak siap kerja sekolah.
A lidah bercabang   C buta huruf
B tangkai jering D akal belut

11  Samat suka _____ tentang kejayaan anak-anaknya.
A kerang busuk C cuci tangan
B cakap besar D busuk hati

12 Sikap Wok Lan yang menyendiri seperti ______ itu menyebabkan rakan-rakannya memulaukannya.
A kambing hitam C lipas kudung
B kera sumbang D patah hati

13 Maria sangat gembira menyambut kelahiran ______ sulungnya.
A cahaya mata C bidan terjun
B kaki wayang D anak kapal

14 Mona ______ semasa emak dan ayahnya bernual-bual di ruang tamu.
A pasang telinga C terang hati
B pekak badak D ikat perut

15 Kilang itu dibina dengan wang hasil _____ Amir yang dikumpul olehnya semasa bekerja di luar negara.
A batu loncatan C tin kosong
B asam garam          D titik peluh

16 Ayah hanya sempat makan sekeping roti sebagai ______ sebelum pergim ke pejabat.
A ambil angin         C ganti tikar
B alas perut D cuci mata

17 Para tetamu mengucapkan tahniah kepada pasangan ______ yang sedang bersanding di atas pelamin.
A gulung tikar C buta huruf
B raja sehari D cari fasal

18 Puan Nancy sentiasa memastikan agar anak dan suaminya tidak keluar rumah dengan ______.
A perut kosong C beri muka
B buah tangan D gerak hati

19 Setelah beroperasi selama 20 tahun, syarikat itu terpaksa ______ kerana tindakan pekerja yang tidak bertanggungjawab.
A gulung tikar      C curi tulang
B angkat kaki      D cuci perut

20 Normi meminta ______ yang baru bekerja di rumahnya itu mengemas rumah setiap hari.
A kerang musuk C orang gaji
B orang dalam D anak air

21 Hartawan itu _____ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki pencuri.
A sampai hati         C pilih kasih
B putih mata D salah urat

22 Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang ______ itu.
A lidah bercabang    C curi tulang
B pisau cukur          D mati kutu

23 Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan ______ itu sebagai tempat pembuangan sampah.
A pisau cukur            C otak udang
B lintah darat            D perigi buta

24 Fatimah hanya ______ apabila dipuji oleh suami dan anak-anaknya.
A putih mata C telinga nipis
B senyum simpul D telinga kuali

25 Emak selalu menegur sikap abang yang ______ itu.
A langkah kanan C berat tulang
B rabun ayam D berat hati

26 Kakak saya ______ dengan Syarikat Jati sejak 10 tahun yang lalu.
A berat sebelah C orang dalam
B ringan tulang D makan gaji

27 Sikap Markiah yang suka ______ urusan orang lain tidak disenangi oleh jiran-jirannya.
A campur tangan C ganti tikar
B ambil angin D batu api

28 Rajan ______ setelah mengecap kemewahan hidup sehingga tidak mempedulikan keluarganya lagi.
A makan angin C berat tulang
B lupa daratan D buruk siku

29 Anita sangat ______ sehingga sanggup menganiaya ahli keluarga sendiri.
A hisap darah C busuk hati
B cakar ayam D suka hati

30 Penduduk kampung itu menerima kunjungan Perdana Menteri pada hujung minggu yang lalu.
A besar kepala C geli hati
B besar hati D isi hati

31  Pekerja syarikat itu menerima ______ setelah dibayar bonus selama enam bulan oelh majikan mereka.
A  durian runtuh C  mata duitan
B  mahkota hati D  buah fikiran

32  Charles memang pandai bercakap, tetapi ibarat _____ sahaja kerana dia tidak tahu membuat apa-apa kerja pun.
A  perut kosong C  gelap mata
B  tulang hitam D  tin kosong

33 Remaja itu gelisah bagai _____ apabila rahsianya yang merokok telah diketahui oleh keluarga.
A  cacing kepanasan C  gila bayang
B  kaki bangku D  otak udang

34  Walaupun hidup sederhana, Nadia _______ dan sering membantu orang miskin dan fakir.
A  mulut tempayan C  murah hati
B  baik sangka D  pilih kasih

35  Mangsa-mangsa kebakaran itu hanya tinggal ____ kerana harta benda mereka semua musnah dalam kebakaran itu.
A  sehelai sepinggang C  kacang hantu
B  saudara kandung D  kata putus

36  Setiap bulan Muirah akan ______ untuk mencantikkan dan mewangikan tubuh badannya.
A  mandi bunga C  pasang tangan
B  mandi peluh D  cuci tangan

37  Amiah dan ibunya berkebun sayur di atas tanah yang _____ di belakang rumah mereka.
A  sekangkang kera C  setengah tiang
B  kucing bertanduk D   jalan tengah

38  Encik Jaya sudah mengenal pasti pekerjanya yang selalu makan _____ semasa di pejabat.
A  banyak akal C  gaji pokok
B  lintah darat D  gaji buta

39  Dia _______ apabila semua rakannya pulang ke kampung semasa cuti sekolah.
A  berpeluk tubuh C  putih tulang
B  makan suap D  mati kuku

40  Sarimah sudah pandai ______ apabila keluar rumah.
A  pasang badan C  naik minyak
B  perang mulut D  berat tulang

Jawapan
1A
2D
3B
4A
5C
6C
7D
8C
9D
10D
11B
12B
13A
14A
15D
16B
17B
18A
19A
20C
21C
22B
23C
24B
25A
26B
27A
28A
29A
30B
31A
32D
33A
34C
35A
36A
37A
38D
39D
40A