Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Kehidupan Maria yang ___________________ itu menyebakan dia selalu ponteng sekolah kerana menjaga adik di rumah.
A seperti gunting makan di hujung
B seperti embun di hujung rumput
C seperti rusa masuk kampung
D seperti rumput di tepi jalan
seperti rumput di tepi jalan |
2 Anak-anak gadis Datuk Ali ________________kerana beliau terlalu mengongkong mereka.
A umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung
B umpama memerah nyiur, santan diambil, hampas dibuang
C umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri
D umpama hendak menepung tidak berberas
3 Suri sudah lali mendengar leteran dan kemarahannya ibunya kerana dia _______________
A seperti rusa masuk kampung
B seperti katak dicucuk hidung
C seperti langit dengan bumi
D seperti telinga kuali
4 Hani _____________________, apabila mendengar setiap perbualan kami sedangkan pada masa itu dia sedang membaca buku.
A seperti mentimun dengan durian
B seperti pungguk rindukan bulan
C seperti lintah menghisap darah
D seperti telinga lintah
5 Wajah Seri Merah ________________, apabila disindir oleh Suri di hadapan Cikgu Mery.
A seperti ikan mendukung biawak hidup
B seperti kera mendapat bunga
C seperti udang direbus
D seperti telinga lintah
6 Judy dianggap seperti ________________, kerana sudah lama tidak menziarahi ibu bapanya setelah menjawat tinggi.
A seperti mentimun dengan durian
B seperti ulat lupa akan daun
C seperti langit dengan bumi
D seperti gergaji dua mata
7 Walaupun Usman berusaha mengubah sikap Usin, anak angkatnya, namun Usin __________________, yang mengikut perangai bapa kandungnya.
A umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
B umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga
C umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak
D umpama hendak menepung tidak berbatas
8 Hidup Zakiah _________________kerana selalu mengikut suaminya berpindah kerana tugas.
A umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi
B seperti burung gagak pulang ke benua
C bagai mencurah air ke daun keladi
D laksana kunyit dengan kapur
9 Walaupun Halim tidak didenda kerana mencuri, namun dia berasa malu pada rakan sekelas __________________
A umpama ayam terlepas tangan bau tahi
B seperti gunting makan di hujung
C seperti lintah menghisap darah
D seperti rusa masuk kampung
10 Sejak dahulu lagi kehidupan kami sekeluarga tidak pernah senang ___________, namun kami tidak pernah menyesal dan berputus asa.
A umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
B umpama kayu buruk dek panas, reput dek hujan
C umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak
D umpama hendak menepung tidak berberas
11 Bapa Roza kaya dan mampu memberi apa sahaja kemahuan anaknya, seperti peribahasa ___________________.
A banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
B ada padi, semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
C berani kerana benar, takut kerana salah
D berdikit-dikit lama-lama jadi bukit
12 Nasib pekerja di syarikat itu ______________________ apabila syarikat mengalami kerugian yang banyak tahun ini.
A seperti sayur dengan rumput
B seperti abu di atas tunggul
C seperti ular kena palu
D seperti timba buruk
13 Tiada guna menyesali kesilapan yang telah berlaku, sebaliknya belajar supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A umpama nasi sudah menjadi bubur
B bagai bertepuk sebelah tangan
C laksana wau melawan angin
D malu bertanya sesat jalan
14 Walaupun tidak memahami perbualan meraka, Mail tetap mahu menyampuk. Sikapnya itu ________________________
A seperti tikus jatuh di beras
B seperti rusa kena tambat
C seperti tempayan bocor
D bagai buntal kembung
15 Persatuan wanita di kampung itu __________________apabila ketua wanita itu meninggal dunia.
A seperti anak ayam kehilangan ibu
B seperti anai-anai makan kayu
C seperti gergaji dua mata
D bagai air dalam kolam
16 Walaupun Khairil dan Khairul adik-beradik kembar, tetapi mereka selalu bergaduh.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti cincin dengan permata
B seperti bulan dipagar bintang
C seperti anjing dengan kucing
D seperti aur ditarik songsang
17 Semenjak mendapat wang RM 1 juta, Karim banyak bercakap tidak ubah _____________________
A seperti lintah menghisap darah
B bagai bunyi siamang kenyang
C seperti kerbau dicucuk hidung
D seperti kera mendapat bunga
18 Hati Mila __________________apabila mendengar kata-kata makian dari kakaknya.
A bagai dihiris dengan sembilu
B seperti bulan kesiangan hari
C seperti cacing kepanasan]
D seperti lipas kudung
19 Pembesar negara itu sering menghabiskan masanya melawat rakyat jelata. Beliau amat prihatin dengan masalah rakyat.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A umpama tidak tahu menari dikatakan langit tinggi rendah
B umpama ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
C umpama seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
D umpama tiada sakit makan ubat
20 Pelawaan Kamisah supaya kami bermalam di rumahnya semasa berkunjung ke Sabah tidak disia-siakan begitu sahaja.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai orang mengantuk disorong bantal
B bagai menahan jerat di pergentingan
C umpama nasi sudah menjadi bubur
D seperti pelanduk dua serupa
21 Encik Leman ___________________apabila dapat memperisterikan wanita yang sangat jelita.
A bagai gagak menggongong telur
B bagai kelip-kelip terbang malam
C bagai kacang melupakan kulit
D bagai kacang direbus
22 Peragut yang baru sahaja meragut beg tangan seorang wanita telah dilanggar oleh sebuah kereta dan mati di tempat kejadian.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
B bagaimana rupa begitulah bayangnya
C ayam terlepas tangan bau tahi
D air digenggam tiada tiris
23 Penduduk Taman Cahaya itu masih mengamalkan semangat gotong-royong dan bermuafakat untuk menyelesaikan sebarang pekerjaan.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
B sebab nila setitik rosak susu sebelanga
C seperti anak bayam kehilangan ibu
D seperti anjing berebut tulang
24 Pemuda-pemuda di kampung itu takut untuk menganggu Rina kerana sikapnya yang sangat bengis ___________________
A bagai bunyi siamang kenyang
B bagai harimau beranak muda
C bagai bulan dipagari bintang
D bagai buntal kembung
25 Ketika kecil, keluarga Shane dibantu oleh Puan Shanty kerana kesempitan hidup, namun beliau dikhianati pula apabila Shane semakin dewasa dan boleh mencari wang sendiri.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A mati semut kerana gula
B susu dibalas tuba
C hidup dua muara
D talam dua muka
26 Rahim kecewa dengan sikap kakaknya yang selalu bercerita tentang masalah yang dihadapi mereka sekeluarga kepada rakan-rakannya.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
B menahan jerat di pergentingan
C malu bertanya sesat jalan
D mati semut kerana angin
27 Malik ______________________apabila dia memenangi pertandingan teka silang kata di dalam akhbar itu.
A bagai dihiris dengan sembilu
B bagai bunyi cempedak jatuh
C bagai ayam kena tungau
D bagai kacang direbus
28 Lisa menjerit ____________________kerana terkejut melihat adiknya yang memakai topeng hantu.
A bagai bunyi cempedak jatuh
B bagai ayam kena tungau
C bagai kambing dijunjung
D bagai kacang direndang
29 Kakak mengemasakan rumah sambil tidak henti-henti membebbel _________________kepada adik yang tidak mahu membantunya.
A bagai menghitung bulu kambing
B bagai harimau beranak muda
C bagai bunyi cempedak jatuh
D bagai keli kena ketuk
30 Kata-kata wanita itu memang manis kerana dia cuba menyembunyikan niat jahatnya.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A buang yang keruh ambil yang jernih
B biar putih tulang jangan putih mata
C bertanam tebu di bibir mulut
D diberi bertis hendak paha
31 Dato' Lim kecewa dengan kontraktor yang diamanahkan mengubah suai rumahnya kerana pekerjaan yang dibuatnya tidak sempurna.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai melepaskan batuk di tangga
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai kumbang putus tali
32 Maziah hanya melakukan sesuatu kerja apabila disuruh oleh majikannya.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai panas mengandung hujan
B bagai pelita kehabisan minyak
C bagai sirih pulang ke gagang
D bagai pahat dengan penukul
33 Saiful memenangi sebuah kereta dalam pertandingan nyanyian itu tetapi malangnya dia tiada lesen memandu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai si kudung mendapat cincin
B bagai panas mengandung hujan
C bagai menumbuk padi hampa
D bagai murai tercabut ekor
34 Dia bersungguh-sungguh membaiki kereta yang rosak itu, tetapi akhirnya kereta itu bertambah rosak.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai membilang bulu kambing
B bagai telur di hujung tanduk
C bagai tikus membaiki labu
D bagai wau putus tali
35 Murid – murid itu bersungguh-sungguh mengusahakan taman sains di sekolah mereka.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti anak ayam kehilangan ibu
B seperti anai-anai makan kayu
C seperti anjing dengan kucing
D seperti api di dalam sekam
36 Mona tidak berhenti-henti bercerita mengenai percutiannya ke Jakarta.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti anjing berebut tulang
B seperti batu jatuh ke lubuk
C seperti ayam berak kapur
D seperti ayam berak kapur
37 Peter tidak duduk diam di luar wad semasa menanti isterinya bersalin di hospital.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti cincin dengan permata
B seperti ikan di dlaam belat
C seperti cicak berak kapur
D seperti duduk dalam duri
38 Rupa-rupanya Pak Johan itu bekas jaguh badminton negara. Tiada siapa yang sedar kerana dia begitu merendah diri.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti harimau menyembunyikan kukunya
B seperti kaca terhempas ke batu
C seperti bunyi gong pecah
D seperti gergaji dua mata
39 Sarah tidak pernah membantah suruhan Farah. Dia mengikut sahaja kemahuan kawannya itu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A seperti lintah menghisap darah
B seperti melukut di tepi gantang
C seperti kerbau dicucuk hidung
D seperti langit dengan bumi
40 Siew Lan menjaga anak tunggalnya dengan penuh kasih sayang.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
A bagai menatang minyak yang penuh
B bagai mentimun dengan durian
C bagai melukut di tepi gantang
D bagai langau di ekor gajah
Jawapan
1D
2A
3D
4D
5C
6B
7B
8A
9A
10B
11B
12B
13A
14C
15A
16C
17B
18A
19B
20A
21A
22C
23A
24B
25B
26A
27D
28D
29D
30C
31B
32D
33A
34C
35B
36D
37D
38A
39C
40A