Latihan berformat KBSR ini
bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam menjawab
soalan-soalan peribahasa.
Isi tempat kosong dengan
jawapan yang paling sesuai.
1 Pemuda-pemuda yang menjadi _____ Inggeris
amat dibenci oleh orang kampung.
A kaki wayang C orang gaji
B bidan terjun D tali barut
2 Sikap Ah Meng yang pelik itu menyebabkan kami
______ terhadapnya.
A buruk sangka C gelap mata
B gelap fikiran D buruk siku
3 Jangan selalu ______ kepada budak-budak itu,
nanati mereka manja dan tidak mahu mendengar kata.
A senyum simpul C tajam akal
B bawa mulut D beri muka
4 Pihak lawan telah mengibarkan _______ sebagai
tanda mengundurkan diri.
A bendera putih C putih mata
B buku lima D duit kopi
5 Sejak kematian kedua-dua ibu bapa kami, abang
memikul segala tanggungjawab dan menjadi _____ keluarga.
A tulang belakang C teman hidup
B mata keranjang D orang dalam
6 Malisarah sentiasa memastikan setiap
tulisannya diselitkan ______ untuk
menambahkan pengetahuan pembacanya.
A lidah bercabang C lidah biawak
B lidah pendeta D lintah darat
7 Aku akan membalas dendam atas perbuatannya
terhadap keluarga aku kerana ______ mesti dibayar darah.
A hutang darah C hangat hati
B bunga dedap D salah urat
8 Anita sungguh bertuah kerana dia berpeluang
mengikut keluarganya melancong ke negeri
______.
A paku Belanda C makan angin
B bawah angin D orang halus
9 Budak yang ______ itu akhirnya pandai membaca
dan mengira setelah diasuh dengan gigih.
A gila bayang C otak udang
B habis bulan D paku mati
10 Datuk Kerol dan Datin Kiah mengambil ______
untuk menghantar ibu bapa mereka menuaikan haji pada tahun hadapan.
A kambing hitam C lidah pendeta
B bintang terang D kata putus
11 Nancy sekadar ______
sahaja semasa menjaga ibunya yang sakit di hospital.
A nyawa-nyawa ikan C gila-gila bahasa
B tidur-tidur ayam D tua-tau
keladi
12 Walapun mata anak perempuan Mak jah ______,
tetapi wajah mereka sangat cantik.
A rabun ayam C bintang terang
B lintah darat D juling air
13 Rumah Imam Sahak menjadi pusat ______ berkumpul
untuk belajar agama pada setiap hujung minggu.
A hilang semangat C bunga dedap
B saudara baru D ibu kandung
14 Artis wanita yang popular itu menerima
_______ sebanyak RM 20 000 daripada suaminya.
A wang hantaran C wang muka
B wang hangus D wang kopi
15 Murid yang ______ itu dirotan di hadapan
semua murid di dalam perhimpunan.
A cuci mata C cepat tangan
B lintah darat D rabun ayam
16 Setelah penat bekerja, Silva ______ di
kawasan tasik berhampiran rumahnya.
A berta tulang C ambil berat
B ambil angin D gerak hati
17 Aku tahu dia hanya ______, sebab itulah aku
tidak mahu mengikutnya.
A nyawa-nyawa ikan C ajak-ajak ayam
B tidur-tidur ayam D tua-tua
keladi
18 Kamisah menemui _____ dalam usaha untuk
menyelesaikan masalah kewangannya.
A lidang bercabang C
jalan tengah
B untung sabut D jalan buntu
19 Ingatlah pesan ibu supaya menjaga _____ walau
di mana sahaja kamu berada.
A kampung halaman C lidah pendeta
B kera sumbang D harga diri
20 Cikgu Besah memandang kami yang datang
lewat ke kelasnya dengan _____ sahaja.
A gerak badan C beri muka
B ekor mata D ada angin
21 “Tolonglah beredar dari tempat kami ______
ini'” rayu emak Tai Thong kepada ahli kongsi gelap yang mengganggu mereka.
A mandi kerbau C cari makan
B cepat tangan D main mata
22 Berubah ______ Seroja apabila dimarahi oleh
Encik Aiman di hadapan rakan sekerjanya.
A langkah tangan C telinga nipis
B kepala angin D air muka
23 Kami membawa ______ semasa menziarahi ibu
Malek yang terlantar sakit di rumahnya.
A buah tangan C buah pena
B buah mulut D buah hati
24 Sarah terpaksa menjadi _______ menggantikan
seorang pengadil yang jatuh sakit dalam pertandingan syarahan itu.
A bongkok udang C besar kepala
B adik kandung D bidan terjun
25 Dengarlah nasihat ibu dan bapa kamu kerana
mereka lebih dahulu ______ daripada kita.
A makan garam C kaki bangku
B makan angin D kaki lima
26 Sejak peristiwa seram itu, ramai _____ tidak
berani keluar pada waktu malam lagi.
A kusut fikiran C kutu embun
B lintah darat D kaki ayam
27 Usahakan perniagaan kamu sehingga berjaya dan
janganlah sekadar ______ sahaja.
A hangat-hangat tahi ayam C
ajak-ajak ayam
B tidur-tidur ayam D
rabun ayam
28 Ziana ______ sehingga sanggup menghalau
ibunya dari rumah.
A hidung belang C telinga kuali
B buta hati D buta huruf
29 Murid yang _____ itu engggan berkawan dnegan
kami yang dianggapnya tidak setaraf dengannya.
A mulut tempayan C hidung tinggi
B hidung belang D telinga kuali
30 Wanita _____ itu hanya ingin berkawan dengan
lelaki yang kaya sahaja.
A lupa daratan C pisau cukur
B gulungan tikar D ambil berat
31 Pengunjung yang berkelah di tepi sungai itu
terkejut dengan kehadiran beberapa ekor _____ yang tenggelam timbul di
permukaan sungai.
A harimau berantai C bunga dedap
B buaya tembaga D buaya darat
32 Semua _______ memberikan perkhidmatan yang
terbaik dan melayan penumpang dengan ramah.
A mulut tempayan C mulut murai
B anak angkat D anak kapal
33 Oleh sebab Malek ______, maka dia hanya
menonton perlawanan bola sepak yang diadakan di padang sekolahnya.
A kaki bangku C mulut murai
B telinga kuali D kaki judi
34 Berhati-hati apabila bercakap dengan nenek
kerana dia amat mudah ______jika kita bersalah cakap.
A mabuk darah C pekak badak
B keras kepala D
kecil hati
35 Jejaka yang _____ itu sememangnya kacak dan
berjaya mencuri hati ramai anak gadis di syarikatanya.
A lidah bercabang C langkah kanan
B bongkok sabut D kera sumbang
36 Johan sering terkenangkan akan ______nya yang
sudah lama ditinggalkan sejak dia berhijrah ke luar negara.
A kampung halaman C kambing hitam
B senyum kambing D
lintah darat
37 Maria memuji bibir Siew Ling yang merah bak
_______
A delima merekah C senyum
kambing
B tangaki jering D kaki
botol
38 Saya membayar ________ sebanyak sepuluh
peratus daripada harga kereta yang hendak dibeli.
A wnag hangus C darah putih
B wang muka D emas putih
39 “Cermin mata ini sesuai dengan bentuk muka
puan yang ______ dan putih melepak,”
kata jurujual itu kepada Puan Lorina.
A hidung tinggi C bujur sirih
B cakar ayam D tahi lalat
40 Lelaki ayng ______ itu sering mengganggu dan
memerhatikan gerak-geri bekas isterinya.
A gila-gila bahasa C buah hati
B gila bayang D jatuh hati
41 Anak gadia Pak Jenal memang jelita ddan manis,
apatah lagi ditambah dengan _____ di tepi bibirnya yang comel itu.
A telinga kuali C mata petai
B mulut murai D tahi lalat
42 Ramesh budak yang _____ kerana tidak mahu
langsung mendengar nasihat orang lain.
A khabar angin C geli hati
B kepala batu D buah hati
43 Amran _______ apabila ditawarkan sejumlah
wang yang banyak untuk memalsukan dokumen itu.
A langkah kiri C gelap mata
B langkah kanan D mata petai
44 kejayaan atlet Paralimpik berjaya ________
banyak pihak yang selama ini memandang rendah keupayaan mereka.
A membuka tembelang C membuka
mata
B membuka mulut D memberi muka
45 Muka pencuri itu seperti _____ apabila
terserempak dengan dua orang anggota polis yang meronda di situ.
A bulan kesiangan C
lidah kambing
B mulut tempayan D
kambing hitam
46 Jamal
terlalu boros dalam berbelanja dan akibatnya dia terpaksa menanggung
hutang yang _______
A sehelai sepinggang C dalam
tangan
B keliling pinggang D
kusut fikiran
47 Nani berasa lega setelah meluahkan _______nya
pada guru kaunseling di sekolah.
A buah hati C isi hati
B jatuh hati D iri hati
48 Peserta larian desa itu masih meneruskan
larian walaupun ______ mulai turun.
A embun jantan C delima merekah
B emas putih D durian runtuh
49 “Puan Siti, saya _______ dahulu kerana hari
pun sudah lewat petang,” kata Puan Jaya.
A hilang semangat C
cakap besar
B pasang badan D minta diri
50 Rupa-rupanya dialah ______ yang dicari selama
ini, yang menyebabkan syarikat kita jatuh muflis.
A musuh dalam selimut C nyawa-nyawa
ikan
B Nujum Pak Belalang D
jinak-jinak merpati
Jawapan
1D
2A
3D
4A
5A
6B
7A
8B
9C
10D
11B
12A
13B
14A
15C
16B
17C
18D
19D
20B
21C
22D
23A
24D
25A
26C
27A
28B
29C
30C
31B
32D
33A
34D
35B
36A
37A
38B
39C
40B
41D
42B
43C
44C
45A
46B
47C
48A
49D
50A
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam